Rate

BAB 1

Drama Completed 476

Sudah namanya resam dunia, bila mana kita sering dihadapkan denga pelbagai pilihn. Pilihan yang adakalanya menuntut kita melepaskan apa yang dimiiki untuk mendapat yang lain, atau melepaskan apa yang mendatang untuk terus berpegang pada yang telah ada. Pilihan itu lah yang berlegar legar di kotak fikiran Danny saat ini. Dia tidak tahu sama ada harus menerima atau menolak tawaran itu.

Beberapa hari lalu, selepas dia pulang dari kerja, ibunya mengkhabarkan bahawa persatuan bekas askar melayu menawarkan untuk membina sebuah rumah baru bagi keluarga mereka. mendengar berita itu, dia merasa gembira kerana rumah yang mereka duduki sekarang sudah agak uzur. Banyak bahagian yang reput dan dimakan anai anai. Tambahan pula, setiap kali hari raya Aidilfitri , rumah mereka agak sempit untuk memuatkan jumlah anggota keluarga yang semakin ramai. Mempunyai rumah kedua menyediakan ruang yang lebih selesa untuk adik beradik berkumpul.

Tetapi ada harga yang harus dibayar untuk memiliki rumah itu. Pokok buah buahan dan getah yang ada di tepi rumah mereka harus ditebang untuk tapak rumah. Danny merasa sedih kerana pohon pohon itu adalah tradisi keluarga. Sudah menjadi amalan sejak dua generasi lalu setiap kali pokok bacang dan ciku itu berbuah, hanya ciku kadangkala dijual, manakala bacang disedekahkan kepada sesiapa saja yang datang. Tambahan pula, pohon bacang sudah jarang ditemui pada masa kini. Jika pohon itu ditebang, tradisi keluarga akan hilang kerana mereka tidak sempat menyimpan benih. Manakala pohon getah itu sudah menjadi lokasi budak budak kampung bermain setiap kali musim getah berbuah.

Petang itu, ketika dia termenung bertongkat dagu, kedengaran bunyi bising ekzos motorsikal. Dia tersenyum, sudah mengetahui siapa yang datang. “ assalamualakum”.

Kedengaran seseorang melontar ucapan salam. Razi , rakan baiknya dari kecil kelihatan mengintai sedikit. “ waalaikumsalam”. Dia menjawap salam sambil menjenguk keluar tingkap. “ apa yang kau menungkan tu? Nampak jauh benar. Teringat kat buah hati ke?” usik Razi .
“ buah hati apa nya. Buah getah ni ada la. Aku lastik kau dengan buah getah ni baru tahu, berbuah kat dahi. Nanti la aku cerita. Ada apa kau datang ni? Biasanya payah nak nampak batang hidung.” Balas Danny . “hahaha, gurau saja la. Biasa la masing masing dah kerja. Aku nak ajak kau hantar rim motor aku ke kedai Yong. Dia nak tengok rim tu.” Kata Razi . “ ooo, boleh saja, tapi kena tunggu ayah aku balik dulu, tak ada orang kat rumah ni.” Danny menyatakan persetujuan. Razi hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience