Rate

BAB 4

Drama Completed 476

Danny kelihatan mengangguk beberapa kali. Barangkali dia sudah mulai faham. “ terima kasih atas nasihat itu sahabat.” Kata Danny sambil mengangkat ibu jari. “ sama sama. Aku hanya berkongsi pendapat. Lagi pula, itu hanya soal kecil, pilihan yang mudah. Jika kita gagal membuat pilihan mudah seperti ini, bagaimana kita ingin memilih dalam soal paling utama?” soal Razi . Dahi Danny kelihatan berkerut sedikit. “ maksudnya?” dia tidak mengerti.

“ kita sering sukar membuat pilihan pilihan mudah dalam hidup. Lalu bagaimana pula kita ingin membuat pilihan utama, antara dunia dan akhirat? Sedangkan dunia itu sangat kecil nilainya dibanding nikmat akhirat iaitu syurga. Ibarat syiling satu sen dan timbunan not rm100.” Kata Razi sambil bangkit menuju kaunter untuk membayar bil makanan mereka. Danny pula termangu di meja memikirkan kata kata Razi . Sememangnya dia tidak pernah memikirkan soal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience