Rate

BAB 2

Drama Completed 476

Hari sudah beranjak petang, mereka berdua singgah sebentar di sebuah kedai makan selepas menghantar rim motorsikal, menikmati ABC sambil dihembus angin pantai Teluk Lipat. “ apa yang kau menungkan tadi? Nampak rungsing saja. Ada masalah ke?” Razi menembak soalan, memecah suasana bisu antara mereka. “ tak ada lah masalah sangat . Cuma hal rumah saja.” Kata Danny ringkas. Kemudian dia mula bercerita perihal tawaran pembinaan rumah baru oleh persatuan bekas askar dan pohon buah buahan yang terpaksa ditebang jika tawaran itu diterima.

“ hahaha, itu saja ke? Aku ingat kau hilang kekasih sebab kekasih kau nak kawin dengan anak datuk. Rupa rupanya pasal rumah dengan pokok tiga empat batang.” Kata Razi sambil ketawa lanjut. “ hahaha, apa la kau ni. Aku mana ada kekasih. Barang tak laku. Hahaha.” Balas Danny dalam nada bergurau.

Tiba tiba Razi mengeluar kan segenggam penuh syiling dari beg pinggangnya kemudian mengeluarkan pula beberapa not rm50 dari dompetnya. Danny terpaku melihat perlakuan sahabat baiknya. “ kau biar betul? Tak kan kau nak bayar bil makan dengan syiling? Not Rm50 tiga empat keping tu untuk apa pula?” dia bertanya dengan pandangan curiga.

“ cuba kau genggam semua syiling tu.” Pinta Razi . Danny hanya mengangguk sambil tangannya cuba menggenggam timbunan kecil syiling. Dia gagal menggenggam semua syiling itu. Beberapa kali dia mencuba, namun pasti ada syiling yang terjatuh tiap kali dia mencuba. Razi hanya tersenyum melihat kerutan diwajah rakan nya. “ cuba kau genggam not rm50 itu pula tanpa melepaskan syiling” pinta Razi sekali lagi. Danny cuba melakukan seperti dipinta. Namun, sekali lagi dia gagal. Dia hanya mampu menyepit sedikit sekeping not rm50 dengan hujung jarinya. Senyum sinis tersungging di bibirnya. dia memandang Razi dengan raut wajah tidak puas hati, seakan meminta penjelasan.

Razi tersenyum, seakan memahami. Namun tiada penjelasan yang diberi. Sebaliknya dia melontar permintaan baru. “sekarang lepaskan sebahagian syiling, kemudian cuba genggam not rm50 tu sekali lagi”. Kali ini, Danny berjaya menggenggam semua not rm50. Dia tersenyum, seakan berbangga dengan kejayaan kecilnya. “ yang terakhir,sekarang lepaskan semua syiling, cuba genggam semua not rm50 itu” kata Razi . Danny hanya tersenyum, seolah yakin dia mampu melakukannya. Namun begitu, dia gagal melakukannya. Angin tiba tiba bertiup, menerbangkan semua not rm50 ke bawah meja sebelah. Razi lekas bangkit mengutip kembali wang yang jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience