Malam itu, di apartment miliknya, dia membuka sampul surat pemberian Engku Ezman siang tadi.
Isinya dibaca satu persatu. Ketar tangannya yang memegang dokumen. Matanya mulai memerah tanda amarah.
"Sampai macam ni sekali kau buat pada aku! Kau bukan ibu aku!"
Terus dikoyaknya dokumen itu dan dibuang ke dalam tong sampah besi. Amarahnya membuak-buak. Dicapainya sebatang mancis dan dinyalakan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Api pada mancis terus menerkam dokumen bersama sekeping gambar wanita lewat 40an.
Dan untuk penamat, rambut palsu dan topeng getah turut menjadi mangsa api di dalam tong sampah itu sebelum pintu bilik akhirnya ditutup rapat.
********
Sebulan kemudian...
Seorang lelaki tiba di sebuah Pusat Paintball miliknya. Beg disandang di sebelah bahu, dia melangkah masuk. Di sana sedang menantinya sekumpulan remaja. Mr. Deo berpeluk tubuh memerhati dari jauh. Sejujurnya Pusat Paintball itu merupakan markas mereka. Dan Mr. Deo adalah ketuanya. Lelaki kacukan Melayu Cina dan Inggeris itu lebih senang menggunakan nama samaran sebagai Mr. Deo.
“ Jay, kau jangan sabotaj pistol aku boleh tak!” Vie tenyeh kepala Jay sekali. Pistol angin terlepas dari tangan Jay. Terteleng kepala jay ke sebelah.
Jay, informer paling laju berdesup. Cakaplah nak maklumat apa sekejap saja dia boleh dapatkan. Berlatar belakangkan anak yatim, dia ada ramai mata-mata di luar sana.
“ Pegang sikit pun kecoh. Nah, ambik!” rengusnya. Ditonyoh pula pistol ke hidung Vie.
Vie, anak buah pertama yang menyertai Mr. Deo. Vie merupakan ahli kimia, khususnya bab mereka dan membuat racun lebih teruk dari racun tikus.
“ Korang, mana Mr. Deo ni? Lamanya!” Laite bertanya, tidak mahu mengendahkan dua manusia yang sedang bergaduh di sudut sana. Naik pening dia dibuatnya dengan telatah mereka. Ada saja yang digaduhkan.
Laite, pisau cukur jenama terbaik yang pernah ada. Banyak sudah orang kaya yang tumpas di tangannya. Dia sendiri pun boleh dipanggil jutawan dengan harta hasil cukurannya.
Matt setia dengan laptopnya sedang menaip entah-apa-entah, menjawab tanpa memandang Laite.
Matt, hacker hebat yang boleh hack sesuatu sistem tanpa ada orang perasan dan tidak pernah tinggalkan kesan.
“Kejap lagi sampailah. Eh, Karl, boleh tak kalau nak membuta tu jangan sandar kat aku. Berat tau tak?” ditolaknya kasar kepala si Karl yang sedang elok lena bersandar belakangnya. Ini lagi satu manusia, kalau tidur tu tak menyusahkan orang tak boleh ke?
Karl, seorang yang tak banyak cakap. Seorang yang berbakat dalam seni halus dan pencipta wajah baru bagi ahli kumpulan mereka. Karl juga penembak handal.
“Hai, seronok cuti?” Akhirnya, Mr. Deo mendapatkan semua orang.
“Karl cakap sekejap sangat. Kalau boleh dia nak berbulan-bulan. Adehhh, sakit tau!” Matt gosok bahu akibat disiku Karl.
Itulah, mulut tu kalau tak usik kawan tak senang agaknya.
“Mr. Deo, on tak on? Tangan dah gatal nak menembak ni.” Jay sudah menggalas pistolnya. Semua kelengkapan dan alatan sudah siap.
“ Karl, Vie, dan Laite, blue team. Aku, Mr. Deo ngan Matt, red team” Jay menerangkan.
Mana aci, kau dapat Mr. Deo ngan Matt” celah Vie tak puas hati.
Acilah tu, Karl kan pro.”
“ 3,2,1, game on!”
*********
“Haydar Naqiuddin!!!”
Memetir suara Tan Sri Huzman di West Corp pada hari itu.
“Apa sudah jadi?! Tak sampai setahun abah lepaskan syarikat pada kamu, haru biru jadinya. Inikah balasan kamu? Baiki balik segala masalah yang kamu dah buat! Kembalikan semuanya kepada asal.
Sebelum. Kamu. Hilang. Segalanya!”
Jelas berbaur ugutan nada Tan Sri Huzman. Syarikat hasil titik peluhnya itu hampir musnah dek kecuaian Haydar, pewarisnya sendiri. Dia yang sepatutnya bersara itu perlu bergegas kembali ke syarikat untuk mengawal keadaan. Istirehatnya terganggu dek panggilan demi panggilan telefon! Pemegang saham kebanyakannya ingin menjual balik saham mereka, para pelabur ingin menarik diri dan ada antara tender projek mereka yang diberi pada syarikat lain.
“Abah jangan risau, Dar takkan kecewakan abah lagi.” Matanya dibawa menentang mata tan sri huzman. Serius nadanya.
Apa tidaknya, kewibawaan seorang haydar tercabar apabila permasalahan itu berlaku di depan matanya. Seolah-olah dia tidak punya kemampuan untuk mengurus dan memimpin syarikat.
"Dar akan cari dalangnya, walau sampai ke lubang cacing sekalipun!"
Tanpa menunggu jawapan dari abahnya, Haydar terus keluar dari situ.
******
Haydar ketap gigi. Dia tidak menyangka dia telah terjerat dengan permainan seorang perempuan. Sepatutnya dia sudah boleh mengagak. Tengku Ezman adalah pesaing West Corp. Takkan pernah baik walaupun mereka menjalin hubungan kekeluargaan. Dan hubungan itu terjalin sejurus dia memegang tampuk pimpinan. Hanya dia yang buta.
“Damn it!”
Haydar menumbuk gelas kaca dinding pejabatnya. Sangkanya dia yang mempermainkan keikhlasan perempuan itu. Rupa-rupanya dia yang dipermainkan. Dan sekarang, dia perlu mengutip penjelasan dan ganti rugi dari seseorang.
“Locate Engku Eliesya sekarang!”
“Baik, bos!”
‘Nak mainkan aku? Seratus tahun pun belum tentu. Engku Eliesya Engku Ezman, kau takkan terlepas dari aku!’
Bibirnya mengukir senyuman, tetapi auranya sedingin Iceland!
Share this novel