“Errrr.... Mr. Deo, apa kita semua buat kat sini?” Matt bertanya setelah mereka semua keluar dari dua buah sedan yang di parkir bersebelahan.
Di hadapan mereka tersergam sebuah bangunan lama yang dikelilingi akar dan pepohon menjalar. Sepertinya sudah lama terbiar.
“Eh, kau ni! Itu pun nak gabra. Mestilah sebab nak belanja kita semua minum, kan Mr. Deo?” Celah Jay yang sudah tak sabar nak mengisi perut. Matanya terhala ke arah kedai makan yang tidak jauh dari bangunan itu.
“Minum apa kat rumah hantu ni?” Vie tolak kepala Jay. Asyik nak isi perut jer kawan yang sorang ni.
“Adoi! Boleh tak tangan tu jangan sesuka hati singgah kat kepala aku yang berharga ini?”
“Shhhhh!”
Mulut Jay ditutup rapat.
Semua mata memandang kawasan itu dan Mr. Deo silih berganti.
“Ini tempat kerja baru korang semua. Ta-da!” Mr. Deo sepenuh tenaga buat pengumuman. Siap posing gaya orang buka sarkas.
“Apakah?”
“Kerja apa kat rumah buruk ni?”
“Nooo!!”
Teriakan bebudak itu tidak diendahkan. Mr. Deo membaiki bowtie sebelum memulakan ceramahnya.
“Ehem, well... Di zaman semua orang gemarkan kopi, tak ada perniagaan lain yang menguntungkan selain memenuhi selera pelanggan. Oleh itu, aku nak kita bukak Cafe di sini. Aku yakin Cafe kita akan maju. Seterusnya nanti kita boleh buka beberapa cawangan di bandar lain. Amacam? Best kan cadangan aku?”
Mr. Deo berpaling penuh keyakinan dan karisma, hanya untuk melihat anak-anak buahnya berjalan pergi.
“Weh, korang nak pergi mana?” dilaungnya geram.
“Balik kerja kat pusat paintball.” Jujur Jay menjawab tanpa berpaling.
“Mr. Deo bukalah Cafe sorang-sorang.” Matt dah angkat tangan melambai.
Vie dan Laite siap bagi flying kiss.
Mr. Deo tutup mata, dan peluk tubuh. Wajahnya ditepek ekspresi serius sebelum menyatakan hal yang satu tu.
“Aku dah jual pusat paintball tu.”
“What?!” kesemua anak buahnya berpaling lipat maut pandang Mr. Deo.
“Juuuaal?” Matt dan Jay sudah meluru mendapatkan Mr. Deo. Kiri dan kanan Mr. Deo dipegang mereka.
“Mr. Deo?!” Vie dan Laite pula sudah berubah wajah menjadi assassin, tunggu peluang saja untuk bertindak.
Dan di belakangnya, Karl sudah mengerling Mr. Deo bagaikan sudah mendapatkan sasaran. Sinar mata semuanya sudah memakai aura merah tanda marah.
Mr. Deo telan liur kelat.
" Ge, guys?"
********
Di pejabatnya, Haydar sedang sibuk memikirkan cara untuk membaik pulih keadaan apabila pintu diketuk.
Sejurus kemudian, Jade, orang kanan Haydar masuk menghulur beberapa buah dokumen.
“Kita dah jumpa Engku Eliesya.”
“Mana dia?” Haydar menutup pena di tangan. Tak sabar dia mak bersemuka dengan Eliesya.
“Dia ada dengan keluarganya.” Jawab jade selamba.
Bamm!!
Haydar berdiri menepuk meja.
“What do you mean?...”Hatinya mulai panas. Dia meluru ke arah Jade.
“Aku hantar korang untuk tangkap dia! Bukan siasat kegiatan harian! Aku taknak tahu dia ada kat mana, tengah buat apa atau makan apa. Aku nak korang tangkap dia bawak dia sembah kaki aku ni!”
Leher baju Jade dicekak keras.
“Bertenang bos, mengikut siasatan, Engku Eliesya sedang dalam unit rawatan rapi akibat kecederaan otak.” Laju jade menuturkan. Sesekali dia membaiki letak duduk tali lehernya.
“Korang langgar lari anak orang ke?” Sakit kepala Haydar memikirkannya. Elok aku suruh pergi tangkap perempuan tu, korang pergi langgar pulak!
“Bos, sebenarnya Engku Eliesya terlibat dalam kemalangan jalanraya. Kereta yang dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan. Engku Eliesya ketika itu bersama ibunya di dalam kereta. Ibunya meninggal di tempat kejadian. Manakala Engku Eliesya koma.”
Jade melajukan laporannya. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.
“Wait, wait, wait. Bukankah itu kejadian....?”
“Empat tahun lepas. Yes! Dan Engku Eliesya koma hingga ke hari ini.”
Ayat terakhir Jade membuatkan Haydar terpaku.
'Engku Eliesya koma sejak empat tahun lepas. Habis tu, aku kahwin dengan hantu ke?'
“Then, who is.....?”
“Your ex-wife? Itu masih lagi dalam siasatan.”
Belum sempat Haydar habis menyoal, Jade sudah menjawab. Laju, gerun dengan baran Haydar.
“Aku nak jawapannya esok pagi.” Haydar mencapai kotnya dan bergerak ke pintu.
“Yes boss! Wait, bos nak ke mana? Dokumen tu perlu kelulusan segera.” Kelam kabut Jade dibuatnya.
“Aku nak melawat bekas mertua.” Senyum haydar sebelum berlalu pergi.
“Tapi, bos? Not again! Bos, tunggu!” Jade mengeluh sebelum bergegas membontoti Haydar.
*******
Kembali ke lokasi bangunan buruk bersama Mr. Deo yang sedang bergelut dengan anak buahnya.
Semakin ketat pegangan Matt dan Jay.
Vie dan Laite yang semakin mara.
Serta, Karl yang mengacukan sesuatu pada belakang badan Mr. Deo.
“Se, seriuslah korang!” walaupun kaget, Mr. Deo tetap membuka mulut memberi penjelasan.
“Tempat tu dah tak bagi pulangan. Lagipun, aku perlukan modal untuk beli bangunan ni.”
Namun, mereka berlima masih juga tidak mahu berganjak.
“Come on, guys! Let's be positive! ”
Lima kepala yang tersangatlah degil.
'Someone, save me!' Mr. Deo merintih dalam hati.
“Apa kecoh-kecoh ni?”
Satu suara yang paling dirindui dan digeruni, kadang-kadang. Gadis itu berdiri tidak jauh dari mereka, dengan senyum manis pudina.
“Haruuuuuu!” Vie dan Laite menerpa memeluknya.
“Nasib baik kau balik haru, Kau tengoklah apa Mr. Deo paksa kitorang jadi barista kopi!” Matt dan Jay juga turut menyerbu mengadu hal padanya.
“Haruu, nah! Kita letak ni sekali dalam menu.”
Tak disangka, Mr. Deo lagi cepat dan tangkas dalam meraih undi. Oleh kerana dia lagi arif dan bijaksana. Dia tahu sangat yang setiap keputusannya harus mendapat sokongan dari Haruu. Barulah yang lain akan mengikut.
“Strawberry milkshake!” mata Karl sudah mencerun memandang Mr. Deo. Minuman yang disediakannya buat Haruu, telah dijadikan bahan sogokan oleh Mr. Deo.
“Mana dia dapat ni?” Tanya Laite pada Matt.
Mat jungkit bahu pandang Vie.
Vie cucuk pinggang Jay.
Dan angkat jari tunjuk ke arah Karl.
Karl sudah gaya nak menerkam Mr. Deo.
“Aku on je.” Jawab Haruu sepatah. Strawberry milkshake di tangan dia sedut.
“Mr. Deo!! Tak aci!!!”
Serentak Jay, Matt Vie dan Laite menjerit.
Halo, halo, fl dah menjelma! yeay! Semoga terhibur..
Share this novel