BAB 5

Romance Completed 6727

Aku dan dia kini di panggung wayang. Menonton movie pilihan Firdaus itu. Cerita English! Aduhai aku kurang suka cerita aksi! Bosan sangat.

Firdaus suka. Dia gemarkan movie-movie yang memaparkan aksi-aksi stylo. Suka benar. DVD di rumah penuh dengan cerita-cerita begitu. Aku pula klasik suka menonton filem-filem Melayu, dan yang paling best dan lucu adalah cerita P.Ramlee. Tidak kering gusi dengan lawak-lawanya yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Hebat sungguh cerita legenda itu membuatkan hati aku terpegun sejenak.

Selepas menonton aku diminta ke kedai Seven Eleven sekejap. Kenapa pula dia mahu ke premis itu? Mahu beli apa? Jarang aku disuruh berhenti ke premis itu melainkan dia hendak beli gula-gula. Aku sangsi kerana gula-gulanya masih banyak.

Kemudian dia kembali semula.

“Sayang beli apa?”

“Rokok…”

“Rokok?! Sejak bila awak pandai merokok?”

Firsaus diam.

Aku mula naik angin kerana dia berani tayangkan sekotak rokok di depan mata aku walaupun ia belum menghisapnya. Kalau dia cuba-cuba hisap depan aku, nahas! Aku lempang dia! Kenapa perlu merokok! Bukan bagus untuk kesihatan malah ia adalah satu pembaziran.

Aku terus merampasnya dari tangan Firdaus. Pantas Firdaus menjegilkan matanya.

“Biarlah saya nak hisap rokok! Abang hendak marah ni kenapa?” soalnya.

Sudah tiadalah lagi panggilan sayang yang terpacul dari mulutnya. Begitu juga aku dengan aku.

“Biar?!!! Kenapa abang perlu biarkan?” aku marah dia cukup-cukup di dalam perut kereta.

Tanpa teragak-agak lagi aku terus membuang rokok itu. Dia buat muka melihat aku membuangnya.

“Abang ni kenapa?! Abang hendak buat apa pun saya tak pernah nak larang, tapi biarlah saya nak buat apa yang saya suka!” balasnya dengan meninggikan nadanya lantas berpaling wajah.

Aku mula berasa tidak senang dengan sikapnya. Kenapa tiba-tiba dia begitu. Selama ini dia tidak pernah bersikap kurang ajar.

Tanpa membalas kata-katanya, aku terus memecut laju keretaku untuk balik ke rumah walaupun malam ini adalah malam minggu. Kebiasaanya aku dan dia akan singgah ke restoran di mana-mana sebelum pulang dari menonton tetapi tidak malam ini. Aku betul-betul marah, bengang dan sebagainya.

Dia menarik muncung panjang sedepa setelah tiba di rumah. Tidak mahu memandang wajahku. Aku cuma inginkan penjelasan. Sejak bila dia mula merokok dan aku tidak tahu.

Selama ini aku jaga dia. Aku beri segala-galanya untuk dia. Tapi ini balasannya terhadap aku. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan sikapnya berubah sebegini dengan tiba-tiba.

“Sayang…” panggilku lembut yang cuba mengawal emosiku sendiri.

Aku betul-betul sayangkan dia dan tidak mahu kehilangannya tapi kenapa dia begini? Itulah yang menjadi tanda tanya.

Lantas aku melabuh punggungku di sofa bersebelahannya. Sebaik saja aku duduk, dia pula bangun sambil menyilangkan tangannya. Dengan lantang dia berkata-kata,

“Siapa Nafzul Ikwhan?!”

Nafzul Ikhwan? Dari mana dia kutip nama itu? Kenapa dia melibatkan nama insan yang tidak aku kenali? Adakah itu menjadi puncanya? Kenapa tidak awal-awal dia bertanya. Sedari awal sebelum menonton wayang, dia berpura-pura bahagia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience