BAB 4

Romance Completed 6727

PERASAAN aku tidak menentu. Tatkala aku mahu melupakan bayangannya yang sering hadir. Puas aku mengusirnya namun tidak henti-henti ia datang kembali! Aku geram betul-betul geram dan sakit hati. Entah kenapa aku jadi begini. Tidak senang duduk aku dibuatnya. Adakah aku rindu? Atau mungkin aku perlukan seseorang?

Rasanya bukan rindu dan ternyata ia adalah sekalung resah dan luka di lubuk hati yang kian membara api kealpaannya. Rentetan itu aku merengus geram sambil mengenggam jari-jemariku membentuk satu penumbuk yang bakal aku lepaskan pada meja rak cermin dibilikku.

Sungguh! Memang aku lepaskan tumbukan geram itu. Aku mahu resah itu hilang namun tetap dan masih di situ. Ya ALLAH kenapa dengan aku. Kenapa perisitwa pahit itu mencengkam jiwaku.

‘Tuhan, kasihanilah aku, hilangkah rasa ini dari dalam jiwaku, kenapa aku selalu teringatkan Firdaus? Kenapa? Kenapa?’ bentak hatiku.

INI adalah kisah sebelum aku mengenali Liya. Kisah aku dan Firdaus, Di antara hatiku dan hatinya yang saling bertaut.

Firdaus adalah orang yang paling aku sayangi. Boleha ku katakan aku cintakannya! Aku tahu itu adalah satu dosa besar yang tidak terampun melainkan dengan taubat nasuhah. Nabi tidak akan mengaku umat. Ya aku tahu selok belok tentang hal-hal agama tapi mengapa aku daif? Aku tetap bergelumang dengan dosa ketika hidup bersamanya.

Mengapa aku jadi begini? Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku sangsi dengan naluriku sendiri.

Ketika aku mengenali Firdaus, dia selalu mengambil peduli tentang aku. Sikap ambil beratnya terhadap diriku tidak dapat dipertikaikan lagi. Seorang yang berwajah kacak dan tampan seperti dirinya memang amat aku kagumi. Ya, aku kagum dengan caranya. Aku suka dia yang manja-manja, menguis daguku tatkala aku rasa geram.

Firdaus pandai memujuk. Kala dia pula yang merajuk sungguh mudah untukku memujuknya iaitu dengan menarik lembut hidungnya sahaja pasti bisa buatnya tersenyum. Cepatnya hati dia sejuk. Aku tahu dia sayangkan aku dan cintakan aku. Tanpanya aku resah dan tidak mendengar celotehnya aku pasti sepi. Aku dan dia bagaikan suami isteri. Apa yang penting aku seperti suaminya.

Firdaus lelaki tegap dan macho, dia tidak lembut begitu juga aku. Kami berdua seperti biasa dan pada dasarnya mempunyai hubungan hati yang begitu akrab.

“Abang, hari ni kita makan di luar ya?” Firdaus menyoal tatkala aku lagut membelek-belek majalah hiburan.

Abang? Kenapa abang? Sudah tentu aku berpangkat abang darinya yang lebih tua 3 tahun waktu itu.

“Lepas makan kita tengok wayang, nak?” soalku semula menanda aku berstuju makan di luar tetapi mahu pula menonton wayang.

“Pasti, kalau dengan abang…saya mestilah mahu,” katanya.

Aku tenang bila melihat senyumanya yang sungguh manis. Lesung pipit yang tersergam indah itu membuatkan aku selesa bersamanya.

“Malam ni sayang tak nak abang pakai topi! Nampak tak hensem tau dan sayang suka sangat kalau abang pakai cermin mata, nampak seksi,” katnya lagi.

“Abang sebenarnya tak suka pakai cermin mata, apa bestnya pakai cermin mata sayang oii..lebih baik pakai contact lens,” kataku dengan memegang dagunya.

Dia buat muka. Aku tahu dia tidak suka aku pakai topi dan contact lens, dia suka aku nampak sempoi sahaja. Memanglah pakai topi pada waktu malam nampak macam orang tidak betul sahaja. Mahu lindungi wajah dari kepanasa hanya di siang hari. Tapi waktu pejabat mana orang pakai topi. Sudah tentu aku berpakain formal. Aku suka pakai contact lens berbanding cermin mata namun ketika Firdaus mengenali aku, dia melihat aku berkaca mata.

“Abang ni kan selalu tak nak ikut apa kata saya, semua kata abang saja sayang mesti ikut,”

“Sayang ni merajuk pulak, yelah abang ikut, tapi sekali ini saja tau,”

“Yes!” balasnya yang menceriakan wajah dan melemparkan seulas senyuman menawan. Boleh gugur jantung aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience