BAB 7

Romance Completed 6727

Aku tidak senang duduk. Aku mundar-mandir di situ. Keluh dan kesah melingkari relung hatiku. Tidak henti-henti aku berdoa dan aku harap Tuhan memakbulkan doaku.

Aku tidak menjangkakan bahawa tindakan Firdaus boleh pergi sejauh itu. Apa yang telah menganggu fikirannya? Aku tidak pasti namun adakah disebabkan nama Nafzul Ikhwan? Ahhh!!! Bodoh bodoh!! Siapa dia yang sanggup membuatkan Firdaus jadi begini? Aku harus mencari orang yang bernama seperti itu agar segala-galanya terjawab.

Tidak berapa lama kemudian, doktor keluar dari wad kecemasan. Dia mahu aku berjumpa dengannya.

“Awak ahli keluarganya?”

“Tidak, saya adalah kawan baiknya,” balasku menyembunyikan hakikat sebenarnya.

“Adakah awak tinggal serumah dengannya?”

Aku mengangguk perlahan.

“Encik Firdaus Sanusi telah dapat diselamatkan cuma saya harap awak bersabar mendengar apa yang hendak saya katakan, setelah pemeriksaan darah dijalankan, Saudara Firdaus Sanusi didapati telah dijangkiti kuman HIV positif,” kata doktor lelaki berkenaan.

“Apa???!!” Aku berjegil mata, jantungkan berdetak kencang.

Dunia ini aku rasakan sungguh gelap. Mengapa semua ini perlu berlaku? Bagimana dengan aku? Aku yang hidup bersamanya? Ya ALLAH ya Tuhanku, apakah semua ini? Aku menyalahkan diriku sendiri.

“Saya tak percaya, doktor tipu!” aku tidak dapat menerima hakikat itu.

“Tidak mungkin pihak kami silap membuat analisa. Pihak hospital juga mahu menjalankan ujian darah terhadap encik, kami khuatir encik mungkin telah dijangkiti kuman tersebut,” kata doktor itu.

Aku mengurut dahiku sendiri. Aku tidak dapat berkata-kata lagi. Lidahku kelu sekali. Apa yang bakal aku hadapi ini adalah sebuah penyiksaan. Hanya saat kematian yang aku gambarkan tatkala ini.

FIKIRAN aku kusut dan bersimpang siur. Tidak keruan dan aku benar-benar tidak terurus memikirkan keadaan Firdaus yang sedang menerima rawatan di hospital. Aku fikir mungkin dia belum mengetahuinya. Aku bersandar di sofa mengenangkan diriku juga telah dijangkit wabak yang tiada penawar itu!

Diriku lemah tidak bermaya, wajahku terasa pucat. Tiba-tiba tiba aku terdetik untuk bertanya padanya nanti. Aku mesti tanya dia meskipun kehidupan ini tidak seceria dulu. Aku menghela nafasku dan cuba bertenang walaupun sukar.

Hidup sebagai seorang pengidap HIV positif memang tiada tempat di dalam masyarakat. Stigma masyarakat akan beronak rakus membelit jiwanya.

AKU kembali ke hospital melihat keadaan Firdaus yang sudah stabil. Sebaik matanya dibuka akulah orang pertama yang dilihatnya berada dibirai katil. Dia telah tersedar dari mimpi lenanya setelah koma selama dua hari.

“Abang… maafkan saya bang…” ucapnya perlahan.

Demi kerana sayang meskipun aku dan dia tiada harapan maka aku sembunyikan apa yang aku rasa di dalam jiwaku. Aku meramas tangannya perlahan-lahan.

Wajah Firdaus pucat lesi. Matanya layu dan bibirnya juga pucat. Dahinya sungguh berkerut.

“Walau apa pun, Abang tetap sayang awak tapi abang ingin tahu apa yang sebenarnya, tolong jelaskan pada abang, tolonglah beritahu abang mengenai Nafzul Ikhwan, bagaimana awak boleh menyebut naman dia?” Aku merayu ingin tahu meskipun perasaan aku tidak menentu di kala ini.

Kekeruhan dalam jiwaku ini kian meruncing dan bakal menghilangkan warna hidupku. Sungguh daif sekali.

“Abang…” sebutnya tatkala terbaring lemah.

Aku masih mengusap-usap tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience