BAB 2

Romance Completed 6727

“Saudari telah luka, biar saya bantu,” ucapku dengan pantas aku terus membuang kaca yang tertusuk di tapak kakinya.

Sungguh sakit dia ketika itu kerana darah tidak henti-henti mengalir keluar. Dia mengadu kesakitan. Lantas aku keluarkan sapu tanganku dan membaluti luka itu.

Aku memaut tangannya untuk membantu dia bangun. Dia sudi dibantu kerana itu dia tidak membantah. Aku merangkul dirinya dan meluru pantas membawanya masuk ke dalam keretaku. Tanpa membuang waktu aku membawanya ke klinik berdekatan.

“Terima kasih kerana menolong saya, nama saya Liya dan nama awak?” katanya memberikan ucapan penghargaan padaku.

Ia aku sudi membantu kerana aku berasa aku patut memberikan yang terbaik terhadap insan yang lain yang memerlukan. Bagiku itu adalah pertolongan cemas. Aku ikhlas terhadapnya.

“Nama saya Tengku Hairul Hisham anak pada Tengku Moktar Muzaffar,” kataku dengan jujur.

“Oo awak keturunan Tengku nama yang sungguh indah, saya ni orang biasa-biasa saja, anak kampung saja.”

“Kita sama sahaja tidak ada bezanya. Saya juga orang biasa tidak punya kelebihan,” balasku bersahaja.

Dia tidak henti-henti merenung aku. Apa yang dilihatnya pada diriku ini. Bagiku bersandar gelaran Tengku itu tiada apa-apa yang istimewa. Ia sekadar nama, bukan cerita zaman dahulu yang menginggikan darjat mereka yang bergelar Tengku. Ia Cuma biasa sahaj bagi diriku ini. Memang aku akui bahawa aku anak orang senang. Aku hanya menumpang kesenangan papa dan mama aku tapi sampai bila.

“Boleh saya hantar awak balik?”

“Tak apalah, awak hantar saya kembali ke pantai itu. Kereta saya ada di situ dan saya boleh balik sendiri,” pintanya.

Aku cepat-cepat membalas kata-katanya memandang keadaan dirinya yang belum stabil.

“Tapi awak sakit, mana mungkin saya akan biarkan awak pulang sendiri,” kataku dengan mempamerkan kerisauan.

“Jangan bimbang, saya boleh balik sendiri, lagipun luka ini tidak teruk sangat…”

Dengan deras aku membalas kata-kata itu.

“Boleh awak kata tak teruk, tengok jalan pun terhincut-hincut, tak apalah biar saya hantar awak balik,”

Dia mesti beralah. Aku harap dia mendengarnya. Ya! Dia ikut. Maka aku terus menghantarnya pulang ke rumah.

“Ini no telefon saya, kalau awak senang awak boleh hubungi saya, Tengku Hairul Hisham,”

“Jangan panggil saya Tengku Hairul, panggil sahaja Hairul,” balasku kerana tidak mahu orang memanggil namaku berpangkalkan Tengku.

“Baiklah Hairul,” katanya sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nombor telefon bimbitnya.

Aku pasti akan menghubunginya bila senang. Usai itu aku terus berlalu dari situ. Rumahnya memang tidak jauh dari pantai yang aku berada awal-awal tadi. Katanya padaku fasal keretanya jangan bimbing, dia akan meminta bantuan dari abangnya untuk mengambil kereta itu kembali. Jadi aku tidak kisahkannya.

Dan bila tiba malamnya aku telah menghubunginya. Suaranya menambat sukmaku. Getaran rasa mengolah segala-galanya. Apabila ditanya mengenai masalahnya, dia menceritakan padaku. Ibunya memaksa dia kahwin dengan orang yang dia tidak cintai. Orang tuanya tetap juga memaksa tetapi dia tidak mahu. Lantaran itu dia ke pantai mencari ketenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience