STESEN KERETA API LAMA

Horror & Thriller Completed 423

Setelah beberapa jam mereka duduk di dalam teksi akhirnya mereka tiba di stesen kereta api. "Una,Reen,bangun..."kata Nona.

"Huargh...dah sampai ke?"tanya Husna. "Mestilah. Dah dah jom"kata Syifa sambil mengangkat beg-beg yang dibawanya.

Mereka pun mengambil beg masing-masing lalu berjalan menuju ke stesen kereta api itu.

"Besarnya stesen kereta api ni!"puji Aireen. "Laparnya!"rungut Syifa,"Nak pergi tandas lah pulak"rungut Husna. Rungutan Syifa berdua membuatkan Aireen ingin makan juga. "Aduh...sudah sudah jom kita cari kedai makan sementara tu Una pergi tandas dulu"kata Nona.

Sampai sahaja di kedai makan yang berada di dalam stesen kereta api itu, Husna langsung berlari ke arah tandas yang berada tidak jauh dari kedai makan itu.

"Ya selamat datang ke kedai makan kami. Ada apa-apa yang boleh saya bantu"kata pelayan itu. "Saya nak nasi goreng dan jus nenas 1"kata Syifa. Kata-kata Syifa disahut oleh Aireen yang memesan nasi goreng pataya,begitu juga dengan Nona. "Itu sahaja?"tanya pelayan itu,"Reen,si Una nak makan apa ya?"tanya Nona. "Pesan je lah mi goreng1,ayam goreng1,paprik1,pinggan kosong1 dengan air milo"jawab Aireen selamba. Ini kerana Aireen sering keluar makan dengan Husna.

"Itu sahaja?"tanya pelayan itu buat kali kedua. "Ya itu sahaja"kata Syifa. Beberapa minit kemudian Husna pun sampai ke kedai makan,pada masa yang sama makanan juga sampai ke meja mereka.

"Wahh...banyak nya makanan!Siap ada pataya lagi!"kata Husna,"Eh eh pataya ni kami punya!"kata Aireen dan Nona serentak. "Alaa...untuk Una?"tanya Husna.

"Ni ada paprik ni"kata Aireen. "Wah...paprik sedap jugak!"kata Husna. "Heleh kau ni Una semua cakap sedap"kata Nona. Kata-kata Nona disahut dengan gelak ketawa rakan-rakan yang lain termasuk Husna.

Seperti biasa,dari jauh kelihatan sosok yang meraih mengekori mereka dari lapangan kapal terbang sehinggalah ke stesen kereta api. Mengapa sosok itu sentiasa mengekori mereka?Adakah mereka sedar akan kelibat gadis itu?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nantikan bab yang seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience