CUTI PANJANG BERMULA!

Horror & Thriller Completed 423

Beg galas dicampakkan ke atas katil. Badan yang kecil itu direbahkan ke atas kerusi lalu mencapai komputer riba kepunyaannya dan mengaktifkan komputer riba berwarna abu-abu itu.

"Huh...penatnya.." keluh seorang gadis bertubuh kecil yang bernama Aireen, Aireen Qistina. Aireen dikenali sebagai seorang gadis yang mempunyai tubuh yang langsing dan kecil.

"...hmm....bosanlah", kata Aireen lalu mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluarnya. Dia pun mendail nombor rakannya yang bernama Husna.

"Hello ye Aireen, ada apa kau telefon aku?" tanya Husna. Adriana Husna adalah salah seorang sahabat baik Aireen. Husna mempunyai tubuh yang tinggi dan sedikit berisi jika dibandingkan dengan rakannya yang lain. Dia suka akan makanan yang berasaskan masakan kampung kerana dia adalah seorang gadis kampung yang ke Kuala Lumpur hanya untuk menuntut ilmu.

"Hmm...aku tengah bosan ni, kau bosan tak?" tanya Aireen. "Samalah aku pun bosan," jawab Husna.
"Mamak jom", ajak Aireen. Ajakan Aireen telah membuat jiwa makanan Husna meronta-ronta hendak bersetuju dengan cadangan Aireen walaupun badannya terlalu penat. Husna pula sudah membayangkan makanan-makanan yang bakal memenuhi meja makannya.

"Cepatlah..nak ke tak nak?"tegur Aireen. "Ha..ye ye ye...on!"

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience