PERCUTIAN BERSAMA SAHABAT!

Horror & Thriller Completed 423

Seminggu kemudian,
9:30 pagi,
KLIA,Malaysia

Aireen dan Husna sedang menunggu rakan mereka yang lain. Antaranya, Syifa. Nurul Syifa seorang gadis yang lahir dan membesar dalam sebuah keluarga yang meriah, harmoni dan kaya. Walaupun dia kaya tetapi dia tidak sombong dan tidak malu-malu untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Nona, Siti Nona. Nona seorang gadis kampung seperti Husna. Dia suka akan pengembaraan. Jika Aireen, Husna dan Syifa ingin bercuti, Nona akan menjadi 'pemandu pelancong' bagi mereka. Nona sudah banyak kali mengembara dalam negara mahupun luar negara. Cita-citanya ingin menjadi seorang pengembara yang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara! Tinggi sungguh cita-cita dia.

"Ha, itu pun mereka!" kata Husna.
"Aireen! Una!" panggil Syifa.
Aireen lantas menutup telefon bimbitnya lalu memasukkan ke dalam kocek seluar kepunyaannya itu. Dari jauh kelihatan seorang gadis yang memakai topeng muka dan kaca mata hitam. Siapakah gerangan wanita itu?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tunggu Bab3??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience