KERETA API TERAKHIR

Horror & Thriller Completed 423

Penjaga kaunter itu memberikan nombor giliran untuk kereta api yang terakhir. Nombor 6661 itu adalah nombor yang terakhir. "Semacam je nombor ni"kata Husna. "Perasaan kau je tu"kata Syifa. Kata-kata Syifa hanya untuk menyedapkan hatinya dan Husna sahaja. Sejujurnya Syifa juga merasa ada yang tidak kena dengan nombor giliran mereka.
"Dah,jom kita tunggu di kerusi sana"ajak Nona. "Nona,kita tukar nombor lain je lah"kata Husna,"Eh,kenapa pula?Tak payah nak mengada-ngada!"tegas Nona.

Setelah beberapa jam mereka menunggu akhirnya kereta api yang ditunggu-tunggu tiba. "Eh,pelik. Pukul 12:05 macam ni pun masih ada kereta api yang aktif?"kata hati Nona.

Husna yang dari tadi merasa seram sejuk,dia masih takut kerana dia melihat ada seorang wanita tua di dalam kereta api itu sedangkan di stesen mereka langsung tiada orang. Penjaga kaunter itu juga berkata bahawa tiada orang yang akan berada di dalam kereta api itu kecuali pemandu kereta api dan pembantunya sebelum dia pergi.

"Nona,betul ke kita naik kereta api ni?Macam lain je"kata Husna. "Betul lah. Cuba tengok nombor kat skrin tu"kata Nona sambil menunjuk ke arah skrin yang memaparkan nombor giliran mereka.

"Ya lah"kata Husna lemah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nantikan bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience