BAB 8

Romance Completed 3492

Aqil mengesat air mata yang menitis. kenangan demi kenangan seakan menghempas kedamaian dijurang hati.

“Srikandi Nur Zalfa Irdina, dimana awak? apa jadi pada adik saya sebenarnya? tolonglah awak kembali pada saya, saya rindukan awak. tiga tahun saya menghilang tanpa khabar, balik-balik je saya dapat tahu Qaisarah dah meninggal”, monolog Aqil sendirian.

Tidak jauh dari kubur situ, seorang niqabis kusyuk memerhatikan Aqil disebalik pohon Kemboja. hatinya tersentuh melihat Aqil mengelap air mata yang tertumpah.

“Tak mungkin saya akan pergi menemui awak Aqil. kita bukan seperti dulu lagi. Qaisarah sudah pergi menghadap Illahi, bermakna tiada sebab lagi untuk kita bersahabat. lagipun awak sudah dilamar, saya tak berhak mencintai awak. maafkan saya Aqil kerana tak mampu menerangkan apa yang terjadi selama awak tiada”, rintih Zalfa sendirian.

manik-manik jernih bergenangan, memori-memori lalu seakan berlayar diruang minda. dia akui, bukan senang ingin melupakan insan yang dicintai, tapi mencintai itu tidak bererti memiliki. cukuplah sekadar dia mendoakan kebaikan buat Aqil, walaupun hakikatnya Aqil mengecap kebahagiaan bukan bersamanya.

Anggap sajalah perasaan ini ujian daripada Allah yang ingin menguji kekuatan imannya. dia yakin, pilihan Allah itu lebih baik dari segalanya. andai kesabaran mewarnai sekeping hati, pasti kebahagiaan betah menjemput sang jiwa.

“Duhai sayangku, selamat tinggal Aqil. Terima kasih kerana menghiasi hati Zalfa selama ini. penantian saya selama ini tidak sia-sia kerana saya melihat penghijrahan mu akhirnya”, bisik Zalfa. air mata pilu diseka.

Zalfa melangkah pergi bersama beribu kenangan yang tak mungkin akan terpadam hingga akhirnya nanti. Memori akan tersimpan walaupun cintanya pada lelaki itu sudah di akhir garisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience