BAB 1

Romance Completed 3491

Laungan azan subuh selesai dikumandangkan seorang pemuda di Masjid Negara Kuala Lumpur. Kedua tangan ditadah, melafazkan setiap bait doa selepas azan. air mata bergenangan dikelopak mata, sebelum ia jatuh mengalir membasahi pipi mulus. entah kenapa setiap kali azan subuh dikumandangkan, air mata Aqil terlalu murah untuk mengalir. Hatinya perit seakan ada konkrit yang menghempap.

Wajahnya diraup, airmata membasahi segenap wajah. nafas ditarik sedalamnya, lalu dihembus lembut.

Selang beberapa jemaah, seorang lelaki yang agak berusia tekun memerhatikan gerak geri Aqil sedari tadi. hati tuanya bagaikan terpaut erat pada batang tubuh Aqil. ya, Aqil memang benar-benar seorang jejaka yang berjubah soleh. memang tak dinafikan lagi, Aqil pemuda yang dicari-cari selama ini.

Pak Imam menepuk lembut bahu Aqil. “Aqil, dah boleh iqomat. tiada jemaah yang solat sunat lagi”, arah Pak Imam berhikmah.

Aqil tersentak. entah bila agaknya dia termenung. “astaghfirullah”, ucap Aqil. rasa kesal dengan kelalaiannya.

“kenapa dengan kamu ni Aqil? sakit?”, soal Pak Imam.

“Aqil memandang Pak Imam disebelahnya. “insyaallah”, balas Aqil ringkas. menyerahkan segalanya pada Allah.

Solat subuh berjemaah selesai diimamkan. seusai saja bacaan wirid dan doa, Aqil melangkah keluar dari masjid.

“assalamualaikum ya Muhammad Aqil Mifzal”. langkah Aqil terhenti, lantas memalingkan badan ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience