BAB 5

Romance Completed 3491

Zalfa memberhentikan Kereta Kancil diperkarangan rumah banglo milik Muhammad Aqil Mifzal. enjin dimatikan. beg tangan yang terletak ditempat duduk penumpang dicapai lalu segera melangkah keluar.

Aqil duduk mencangkung dihadapan kolam ikan, leka memerhatikan ikan-ikan merah berenang ke hulu hilir. sesekali tangan kanannya menyeluk segenggam dedak didalam baldi kecil lalu ditabur diatas permukaan air. air kolam berkocak, ikan-ikan merah berebut menyambar dedak-dedak yang bertaburan dipermukaan air.

“Assalamualaikum Akhi Muhammad Aqil Mifzal”.

Aqil tersentak. “wa.. waalaikumsalam”, sambut Aqil gagap. entah bila agaknya Zalfa berdiri beberapa meter disebelahnya. agaknya dia terlalu leka memerhatikan gelagat para ikan.

“tak sangka lelaki macho macam awak ni pun sukakan ikan. cantik ikan tu kan?”, ujar Zalfa cuba memancing reaksi Aqil.

“awak perli saya? saya tahu saya ni jahat. tapi tak bermakna saya takda perasaan sayang. saya ni pun manusia biasa, ada perasaan, tau rasa sakit. kenapa awak mudah menghukum? sebab awak tak pernah memahami apa yang saya rasa, apa yang saya lalui. pernah awak terfikir semua tu?”, keluh Aqil berat. sungguh dia tak mengerti, kenapa dia perlu terasa dengan kata-kata Zalfa. tak mungkin hanya kerana seorang perempuan, hatinya jadi lembut. aahh.. aku kena kuat, desis hatinya.

Zalfa ketawa kecil. tak sangka Aqil mudah terasa. dulu hati Aqil keras macam batu konkrit. namun jauh disudut hatinya, bukan dia mahu memperlekehkan sifat Aqil, tapi sekadar mahu melihat sejauh mana penghijrahan dalam diri Aqil. mungkin sejak dia berkenalan dengan Aqil, dia tak pernah terdengar walau seungkappun dari mulut Aqil untuk berubah. tapi hari ini, saat ini, kata-kata Aqil, reaksi Aqil, memek wajahnya, menggambarkan dia juga mahukan perubahan. cuma Aqil terlalu ego, egonya setinggi langit untuk memperlihatkan isi hatinya yang sebenar. biarlah, dia mahu melihat sejauh mana Aqil mampu mempertahankan mahkota keegoannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience