BAB 4

Romance Completed 3492

Aqil mengekori langkah Haji Ibrahim dengan ekor mata sehingga langkah tua itu sampai ke sebuah kereta Iswara merah. sebaik kereta Iswara Haji Ibrahim meluncur di jalan raya, Aqil melangkah menghampiri motosikalnya. enjin motosikal dihidupkan pantas, lalu ditunggang menuju ke lebuh raya.

Suasana kawasan Perkuburan Kampung Attap sunyi sepi. hanya sesekali kedengaran Si Murai berkicauan menggamitkan suasana kesunyian. Aqil leka memerhatikan beberapa ekor Murai yang hinggap didahan Pohon Kemboja.

“andai dapat ku fahami setiap bait melodi yang dilantunkan mu wahai sang Murai, pasti aku akan terdengar suara engkau memuji-muji Tuhan sekalian makhluk, Subhanallah”, detik hati Aqil, mengagumi anugerah ciptaan Yang Maha Esa.

Aqil memerhatikan kubur-kubur yang ada disisinya. berbagai-bagai saiz, ada kecil, sederhana, besar. itu tandanya ajal tidak mengira umur, bila-bila saja Allah boleh menamatkan riwayat hambaNya.

“suatu saat aku pasti mati. Ya Allah, janganlah Engkau matikan aku kecuali aku berada dalam keadaan beriman”, doa Aqil. sungguh, dia terlalu takut tatkala membayangkan saat ajalnya tiba nanti. adakah sudah terampun dosa-dosanya selama ini? bagaimana keadaannya bila mati nanti?

“Astaghfirullahalazim.. ampunkan aku, pelihara aku, lindungi aku Ya Allah.”

Aqil duduk diatas tanah bersebelahan sebuah kubur tanpa mempedulikan punggung seluarnya yang bertanah. batu putih yang terpacak disisi kubur diusap perlahan, menghilangkan debu-debu yang melekat pada ukiran. “Allahyarham Siti Nur Qaisarah Binti Fatimah” jelas tertera pada dinding batu nissan tersebut.

“wahai adikku, bagaimana agaknya keadaan kau di bawah sana? syukur alhamdulillah, sebelum kau mati, kau adalah wanita solehah yang sentiasa berusaha mencari keredhaanNya. walaupun bukan aku yang mendidik kau, tapi aku tetap mengagumi keperibadian kau. maafkan aku adik, aku tidak menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang abang. maafkan aku kerana melepaskan tanggungjawab ku selama ini”, luah Aqil dibibit-bibit kesyahduan. dia yakin, dengan izin Allah, adiknya pasti dengar setiap luahannya di bawah sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience