16

Romance Series 16832

Asya baring di dada tilam queen yang empuk itu. Endy tersenyum melihat gelagat isterinya yang baru pertama kali keluar ke Perancis. Endy duduk di sebelah Asya.

Selepas makan tengahari sekitar dua jam tadi,mereka keluar bersiar-siar pula. Endy agak kekok dengan kelakuan Asya yang tidak suka membazir dan pandai berjimat cermat. Kalau ini ialah isteri nya,memang dia akan jatuh cinta. Eh! Memang isteri dia!

"Abang? Kenapa tenung Asya macam nak cekik Asya?" soal Asya lembut. Dia mencuit hidung suami nya itu. Segera bangun dan mencari tuala didalam beg nya itu.

"Tenung je salah. Itu salah,ini salah. Dah awak tu tak pernah buat salah ke?" soal Endy. Asya merenung nya tajam. "Ok! Banyak salah saya! Dari hujung rambut hingga ke tumit." ujar Endy.

Asya ketawa kecil. "Abang nilah,kan. Suka sangat sakat Asya sampai Asya jatuh cinta." Ujar nya. "Kan saya banyak salah. Mestilah saya akan sakat awak." Balas si Endy pula. Dia tersenyum melihat isteri nya.

**
SEDANG Endy dan Asya makan malam,satu panggilan membuatkan Endy kecut. Pada mula nya,Asya curiga akan suaminya. Namun,dia tidak menuduh apa-apa.

Lagu ' Beautiful In White ' berbunyi. Ia datang dari telefon milik Endy yang sedang berbunyi-bunyi minta diangkat.

"Helo?" Endy mengangkat panggilan tersebut. "Helo,is this Endy?" soal seorang perempuan. Perut Endy kecut. ELLAYNA!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience