15

Romance Series 16832

ENDY memegang tangan Asya. Asya tersentak. Kelakuan suaminya itu membuatkan Asya tidak selesa. Manakan tidak, sebelum berkahwin..langsung tiada cinta!

"Kenapa awak pegang,saya?" soal Asya lembut. Endy melelapkan matanya. Rasa sejuk didalam pesawat itu,membuatkan Endy terasa bagai mahu tidur.

Endy mengintai wajah Asya. Asya merah. "Kenapa,sayang?" soal Endy lembut. "Awak pegang saya,ada izin ke?" kata Asya. Dia tidak menjawab soalan Endy,tetapi menyoal suaminya kembali .

"Amboi. Garangnya. Pegang pun,salah?" kata Endy. Lirikan matanya yang menggoda membuatkan Asya lemah. "Tolonglah,lepaskan tangan awak tu. Saya tak selesa nak tidur,Endy." rayu Asya.

"Dalam pesawat boleh tidur ke?" soal Endy. Asya mendengus. "Suka hati awak,lah." ujar Asya marah. Matanya terlelap.

**

ASYA melangkah keluar dari pesawat dan tersenyum lebar. Akhirnya,mereka tiba di Perancis. Perancis yang berada di depan mata mereka,membuatkan Isya terpaku sebentar.

"Asya sayang. Mari,kalau tak..saya tinggalkan aje awak." ujar Endy. Dia melihat Asya yang serabai rambutnya. Dia bergerak menuju ketempat Asya dan memperbetulkan rambut Asya.

Jantung Asya berdegup laju. Endy juga turut begitu. Namun,dia hanya menutup malunya itu dengan alasan.

"Err. Jangan salah anggap. Saya cuma nampak semut di rambut awak." ujar Endy perlahan. Asya tersenyum kecil. "Awak boleh nampak semut tu di kepala saya? Sedangkan kita jauh 5 langkah?" soal Asya.

Endy terkedu. Lidah nya kelu.

"Tak mengapa,la. Apa kata kita cari tempat makan yang sesuai untuk dijadikan makan tengahari?" soal Asya. Endy mengeluh.

**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience