Series
16832
Sampai dirumah yang telah dibeli oleh Endy,Asya melihat luas rumah itu. Luas nya seperti rumah mama nya. "Rindu mama ke?" soal Endy. Asya menggeleng. "Baru aje balik,kau ni kan. Mengada ngada betul." perli Endy.
Asya memandang nya tajam. "Awak ingat,saya nak kahwin sangat ke dengan awak ni?! Eleh,setakat lelaki pengemis yang minta-minta duit tu..saya lagi cintakan dia lah kalau dia nak kahwin dengan saya! Anak datin,tapi perangai tak jaga!" jerit Asya.
Endy memandang nya tajam. Asya terkedu.
"Heh,kau perempuan. Aku lelaki. Memang kena kahwin. Tapi,kalau taknak kahwin..nak kena cerai..Aku relaks aje.."
Asya terdiam. "Kenapa? Terasa? Aku main-main aje pun." kata Endy . Asya melihat kearah nya. Dia tak ingin bermanja dengan lelaki yang pernah mengores hati wanita.
"Bilik saya bilik nombor dua,ya?"
"Aik? Suami isteri kan kena tidur sama?"
Asya merah. "Aku usik ajelah. Kau ingat,aku nak sangat ke kahwin dengan kau?"
Asya diam . Dia begitu sakit hati dengan Endy.
"Kalau macam tu,kita tidur asing ajelah!" jerit Asya. Endy merapatkan kening nya.
"Ikut hati kau,lah. Dan kau ingat..Aku rasa cinta aku tu..takde kat kau! Aku tak hargai kau sebagai seorang isteri,faham?! Dan,jangan masuk bilik aku kecuali ada urusan." kata Endy seperti memberi satu amaran.
Asya diam. Dia berangkat ke bilik nombor dua.
Bilik itu,sudah siap dengan katil dan almari. Meja juga telah berada disitu. Asya sungguh gembira dengan situasi bilik nya. Dia mengunci bilik itu.
* * *
'Allahuakbar..Allahuakhbar..'
Azan zohor telah berkumandang. Asya segera mengambil wuduk' dan solat dibilik nya. Sementara itu.."Asya! Asya! Aku dah lapar,lah! Kau ingat aku ni patung ke kau nak suap waktu malam?!" jerit Endy.
Usai Asya sembahyang..
"Kau pergi mana?!" soal Endy.
"Asya solat,tadi. Salah ke?"
"Nak melawan?"
Asya menggeleng.
Malas hendak berdebat dengan lelaki yang lebih tinggi dari nya itu.
* * *
"Abang,taknak makan ke?" soal Asya.
"Aku dah makan tadi."
"Dengan siapa?"
"Makan dekat restoranlah. Nak harap kau masak,esok pun tak siap!"
Asya menjegil kearah Endy. Terasa mahu bingung dibuat nya!
Share this novel