6

Romance Series 16832

"Asya,mama call aku tadi." kata Endy pada Asya. Asya melihat nya hairan. "Call,apa hal pula?" soal Asya. "Nak makan malam sama-sama kata nya." balas Endy sambil tersenyum sinis.

Asya menelan air liur. "S..saya mungkin tak dapat pergi." kata Asya sambil tersenyum tawar. "Oh,taknak pergi ke? Awak cari alasan untuk taknak jumpa mak mertua awak?" soal Endy . Asya buntu. Dia tidak mahu berjumpa dengan Datin Sharifah kerana dia agak malu dan takut.

"Malu? Takut?" Endy meneka. Asya melihat kearah nya. "Saya bukan macam tu. Kita baru aje kahwin. Takkan nak makan dengan mama? Biar ajelah saya masak hari ni." ujar Asya.

Endy melihat nya tajam . Asya terkedu. "Kau jangam melawan lah. Kau ikut aje. Ingat,pakai baju kemas dan sopan. Aku taknak orang nampak isteri aku macam orang kampung. Aku tau,kau tu simple orang nya. Solat pun jaga,kan?" kata Endy panjang lebar.

Asya terasa gementar. Mertua nya..akan dia jumpa malam ini. Asya mengelamun. "Hei,dengar ke tak?" kata Endy. Endy sudah menghapuskan lamunan Asya.

Asya mengangguk. "Saya datang."

* * *

"Sedap nya makan malam hari ni,ya Asya?" soal Datin Sharifah. "Ya,datin. Eh,maksud saya mama." Asya gementar. Mungkin,mertua nya ini kuat bebel. Dan,mungkin juga dia akan memberitahu semua keburukan dan kebaikan Endy.

"Endy,tinggalkan mama dengan isteri kamu kejap aje ye? Awak pun sama." tegur Datin Sharifah pada suami dan anak nya. Mereka segera keruang tamu.

Asya terkejut. Datin Sharifah menyuruh suami nya dan anaknya pergi keruang tamu ? Untuk ?

"Asya,kamu tahu tentang Endy banyak perkara tak ?" soal Datin Sharifah. Lidah Asya kelu. "Ma..mama .. sebelum Asya kahwin..tak tau.." balas Asya.

"Dia tu playboy orangnya. Senang nak cari baru. Tapi..Asya jangan risau ya? Endy takkan ceraikan kamu lah. Dia kalau dah kahwin..senang aje..Pulas aje telinga dia." ejek Datin Sharifah.

Asya ketawa. Baru saja beberapa jam,namun hati Asya seperti ' Selesa ' dengan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience