BAB 9

Spiritual Completed 2032

“Hello,” akhirnya kedengaran juga suara sahabat baikku ini.

“Man, tolong aku Man. Aku sakit,” hanya itu yang sempat aku katakan. Entah bila telefon itu terlepas dari tangan pun, aku gagal menyedarinya.

“Auntie tahu tak yang anak auntie tu sakit tenat? Kenapa tergamak auntie layan dia macam tu sekali? Auntie dapat rasa ke kesakitan yang dia rasa setiap kali penyakitnya menyerang? Ibu jenis apa auntie ni? Kalau ada apa-apa berlaku pada Fir, saya takkan maafkan auntie,” mengalir air matanya membasahi pipi.

Kemarahannya tidak terbendung lagi bila perlakuan ibu sahabat baiknya seteruk ini. Tercalar jua kesabaran yang dipertahankan. Hazman menghempas pintu bilik wad berkenaan. Puan Aziah tersedu di sisi anak tunggalnya. Dia merasa sungguh bersalah. Demi mengejar kebendaan, sanggup dia mengabaikan kebajikan anak sendiri sehingga nyaris kehilangannya. Terima kasih sebab sedarkan auntie, Man.

“Maafkan mama, sayang,” dapat ku rasakan jemari lembut mama mengusap rambutku.

Terasa hangat kucupan kasihnya menjamah dahiku. Aku benar-benar terharu. Sayang… buat pertama kalinya mendengar perkataan itu terucap di bibir wanita yang melahirkan dan membesarkan aku.

Selama sembilan belas tahun hidup bersamanya, dalam suasana penuh kedinginan serta hambar akhirnya terungkap jua lafaz azimat itu dari bibir mama. Setelah begitu lama aku menunggu.

Aku rela koma selama-lamanya andai ketidakupayaan ini menghadirkan kasih sayang mama terhadapku. Namun tidak mampu untuk dinafikan bahawa tiub-tiub yang berselirat pada badan dan tanganku, teramat menyeksakan.

Sesak juga nafasku sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi membolehkan aku terus bernyawa. Fir sayang mama. Fir tak pernah ambil hati dengan apa yang mama dah lakukan. Tuhan… berilah aku sedikit masa lagi untuk merasai detik-detik indah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience