BAB 6

Spiritual Completed 2032

Penderma yang sesuai dengan Momo telah berjaya ditemui. Setelah melalui beberapa peringkat perbincangan, hari ini merupakan saat yang paling bermakna buat adik kesayanganku.

Momo akan menjalani pemindahan sum-sum tulang. Aku tumpang gembira. Bersamanya ke dewan bedah, key chain yang ku berikan dulu. Digenggam erat oleh tangan kecilnya.

Setiap waktu yang berlalu mengundang kegelisahan dalam hati. Aku tak senang duduk. Perut masih kosong lantaran tekak tidak berselera untuk menjamah sebarang makanan.

Entah mengapa, jantungku berdegup kencang. Segalanya serba tak kena. Lampu dewan bedah terpadam. Seketika kemudian, pintu dewan bedah dibuka. Doktor telah menyelesaikan tugas mereka.

Mak dan abah Momo bergegas menghampiri doktor tersebut. Aku ketap bibir, namun serta merta gugur air hangat dari kolam mata bila melihat doktor itu menggelengkan kepalanya.

“Momo, kami semua sayangkan Momo. Momo sangat kuat, berjuang sehingga peringkat terakhir tapi sekarang Momo takkan bersama kami lagi. Abang harap Momo bahagia menemuiNya,” hanya itu yang mampu aku ucapkan saat menatap wajah pucat arwah Muhkriz Muhaimin.

Dia sememangnya Momo kesayangan kami, tetapi Allah lebih menyayanginya. Saat kami ingin melangkah keluar dari dewan itu, mak Momo menghampiri ku dan menghulurkan sepucuk surat.

“Terima kasih kerana Fir bagi kegembiraan untuk anak akak. Kami tak dapat membalasnya,” ucap wanita itu sebelum berlalu. Aku terkedu. Hanya sempat melemparkan senyuman buatnya.

Abang Firhan Firdaus,

Abang memang baik. Baik sangat sebab abang sanggup luangkan masa menemani Momo. Bila Momo sakit, Momo rasa lega sikit bila teringat nasihat abang. Kalau Momo pergi nanti, abang kena teruskan perjuangan. Sebab kita semua sama, kita ada matlamat yang serupa. Sampaikan salam Momo kepada Idin, Faiz dan Aidad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience