BAB 5

Spiritual Completed 2032

Rambutnya ku usap lembut. Basah bahuku dengan air matanya.

“Abang bagi Momo sesuatu nak?” aku menghulurkan key chain berbentuk smiley. Segaris senyuman yang terukir di bibirnya melegakan hatiku.

“Terima kasih, abang Fir. Kalau macam tu, Momo nak jumpa doktorlah. Tapi abang kena teman. Momo takut, sakit. Jarumnya besar,” aku mengangguk laju. Tak termampu untuk meneruskan kata-kata. Tiba-tiba bibir jadi kelu.

Kami hanya dapat menamani Momo dari luar. Sesekali aku memalingkan wajah ke arah yang bertentangan. Tak tergamak melihat dia mengerang saat jarum bius menembusi bahagian belakang badannya.

Inilah prosedur yang perlu diharungi oleh setiap pesakit leukemia sepertinya untuk menyempurnakan proses mengambil sel darah. Dia sama sepertiku, masih menunggu penderma yang sesuai. Aku dan Idin, Aidad serta Faiz berpelukan.

Dalam ketakutan yang melanda diri, aku berusaha mententeramkan mereka. Hatiku pilu, mengenangkan penderitaan Momo. Kalaulah kanak-kanak itu mengerti dan mengetahui bahawa budak yang diceritakan kepadanya tadi adalah aku.

Bukannya aku tak takut, bahkan setiap masa diri ini memikirkan kemungkinan yang berlaku. Bukannya tak pernah putus asa, tetapi semangat yang masih membara menghalangi diri menurut kata hati.

Mama, aku rela memberikannya masa dan ruang untuk menyendiri. Masih ada sisa kepedihan dalam hatinya. Aku takkan sanggup untuk menambahkan beban perasaannya lagi.

Ditinggalkan suami merupakan tamparan terbesar dalam hidupnya, apatah lagi terpaksa menerima bahawa aku disahkan menghidap penyakit kronik seperti ini. Mengharungi segalanya dalam masa yang singkat, benar-benar menguji ketabahan mama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience