BAB 1

Family Completed 492

Dush! Satu penumbuk mengenai wajah Bakri . Bakri terundur ke belakang. Wajahnya merah lebam, tanda kuatnya tumbukan itu.

“Kau.” Jari telunjuk Syukur,pelajar yang memakai vest pengawas naik ke mukanya. “Jangan berani lapor kepada cikgu.” Serius.

Bakri memegang pipi. Kebas.

“Ingat!” Ugut Syukur.

Bakri memandang empat pelajar di hadapannya. Dua daripada mereka pengawas.

Bibirnya tertarik membentuk senyuman.

“Rasulullah kata, cegah kebenaran dengan lisan kalau tak mampu dengan tangan.” Dia membalas tenang. Ponteng kelas dan lepak di surau. Itukah yang qudwah yang patut ditunjukkan oleh seorang senior? Pembetulan. Itukah qudwah yang patut ditunjukkan oleh seorang pengawas?

“Jangan tunjuk lagak di sini.” Kini, Rosli pula menggertak. Kalau dia betul-betul lapor, mesti jawatannya akan dilucutkan serta-merta. Hilanglah kredibilitinya nanti.

“Sini aku ajar kau.” Farhan menapak ke hadapan dan menyerang secara tiba-tiba. Perut Bakri

menjadi mangsa. Bakri tertunduk ke hadapan. Kertas merah di tangannya jatuh ke bawah.

Jumpa kami di pondok bas. Kami tahu apa yang kau tahu. Jangan berani report kepada cikgu.

-Geng Supersenior-

“Rasakan budak lembik. Dengar cakap senior.” Yusuf memperlekeh. “Kau pun nak kena?” Pandangannya beralih kepada Uwais. Uwais menggeleng.

“Sakit?” Farhan mendekati Bakri . Bakri ditolak ke belakang. Tubuh Bakri hilang keseimbangan dan terundur beberapa tapak. Bakri menggenggam tangannya. Menahan marah yang menyala-nyala. Ikutkan hatinya, 4 orang ini akan dibelasah sampai mati.

“Bakri , jangan biarkan nafsu amarah menguasai diri.” Uwais dapat melihat wajah Bakri bertukar menjadi merah.

Ajis hanya memerhati dari jauh tanpa disedari sesiapa. Bakri hendak menyerang balas ke? Tapi Bakri bukan jenis yang suka belasah orang.

“Hiargh!” Bakri tiba-tiba bergerak ke hadapan. Farhan terkejut. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Tangan Bakri sudah mendarat di tubuhnya. Farhan terjatuh.

Mata Ajis membesar kerana terkejut. Bakri ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience