BAB 3

Family Completed 492

“Nafsu itu ibarat keldai. Jika kita menunggangnya, kita tidak akan penat. Sebaliknya jika kita ditungganginya, kita akan berasa penat. Sebab nafsu itu tidak pernah berasa puas. Jadi, Ajis jangan bagi nafsu tunggang Ajis . Biar Ajis yang tunggang nafsu tu.”

Itulah pesan Nasrul, abangnya. Tetapi bukan senang hendak tundukkan nafsu. Pantang leka, pasti kita ditungggangnya. Ajis menghela nafas. Dia tidak mahu menjadi hamba kepada nafsu. Dia hamba Allah, biarlah dia mengikut apa yang Allah suruh.

“Ajis , Ajis !”

Eh? Dia menoleh. Terzahir wajah Bakri dan Uwais di ruang matanya.

“Berangan budak ni. Sakit tekak aku panggil.” Uwais mengurut-urut lehernya. Konon sakit sangatlah itu.

“Sorrylah. Hehe. Ada apa wahai sahabatku?” Ajis memandang wajah cemberut Uwais dan Bakri .

“Kau ni short-term memory ke apa? Dhuhalah wei. Lem…”

“Bakri , bahasa! Ingat, malaikat catit setiap patah yang keluar dari mulut kita. Nabi kita orang yang amat mengambil berat pemilihan kata-kata.” Tegur Uwais.

“Minta maaf…” Bakri menunduk kesal.

“Err.. tak apa. Aku yang salah. Aku terlupa.” Ajis menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Heh, manalah aku biasa Dhuha-dhuha ni. Aku baru start okay?

Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke satu destinasi.

Musolla.

“Fal, tolong tasmi’kan aku.” Senaskah al-Quran dihulurkan kepadanya. Ajis memandang Bakri . Ragu-ragu. Al-Quran dipegang.

“Kenapa tak minta tolong Uwais?” Dia cuba berdalih. Dia baca al-Quran pun masih merangkak-rangkak.

Bakri menjuihkan bibir ke satu arah. Ajis menjeling. Kelihatan Uwais sedang membaca sebuah buku. Ajis cuba mengintai tajuknya. Petunjuk Sepanjang Jalan? Mata Ajis membesar. Mak aih budak tu. Dia baca buku macam tu?

“Ok, start.”Dia memandang Bakri dan mengangguk.

Suara Bakri mengalun merdu. Membaca surah al-Jathiyah.

Ajis hanyut sebentar. Mempunyai sahabat seperti Bakri dan Uwais membuatkan dia berasa rendah diri. Dia baru mula bertatih untuk menjadi baik. Sedangkan dua sahabatnya itu pada pandangannya teramat baik. Solat Dhuha tak penah tinggal, istiqamah dengan puasa sunat paling kurang dua minggu sekali dan sering menyempatkan diri membaca al-Quran di masa lapang. Bila ditanya, mereka ada sebut tentang tarbiyah dzatiyah. Yang dia paling tabik, mereka juga rajin belajar. Di sekolah ini, golongan lelaki yang suka belajar boleh dikatakan spesies terancam. Hampir pupus.

“Sodaqallahul ‘azhim.” Bakri menyudahkan bacaannya.

“Esok puasa nak?” Satu suara menegur dari belakang.

Uwais. Dia yang bersuara tadi.

Bakri tersenyum. “Setuju!”

Tengok? Kan dah kata?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience