BAB 8

Family Completed 492

“Alhamdulillah, kenyang.” Uwais melangkah masuk ke dalam kelas. Bakri dan Ajis mengekor dari belakang.

“Hari ni jumaat kan?” Uwais duduk di kerusinya. “Al-Kahfi jom.” Al-Quran dikeluarkan dari bawah meja.

Bakri duduk di tempatnya. Tangannya turut mengeluarkan al-Quran dari bawah mejanya.

“Eh?” Sekeping kertas berwarna putih jatuh di atas pehanya.

“Hari tu bendera merah, hari ni dia hantar bendera putih? Menyerah kalah?” Uwais sudah dapat meneka siapa pengirimnya. Bakri menarik senyum di bibir. Lipatan kertas itu dibuka.

Terima kasih.

-Farhan, Geng Supersenior-

“Aik, itu je?” Ajis mengerutkan kenig. Tak faham betullah dengan senior-senior aku tu. Ego tinggi sangat. Nak minta maaf pun susah.

“Biarlah. Terima kasih ini pun dah cukup.” Bakri melipat kembali kertas itu.

“Serius aku cakap. Kau ni baik gila. Uwais pun sama.” Komen Ajis .

Bakri dan Uwais berpandangan sesama sendiri. “Kitorang…baik?”

“Kau tak kenal aku dulu macam mana. Aku ni kaki buat masalah kat sekolah.” Ajis jujur memberitahu. Pasti dua sahabatnya itu terkejut. Namun, jawapan Bakri memeranjatkan Ajis .

“Dan kau pun tak kenal kami dulu macam mana.” Bakri membalas tenang. Ajis ternganga.

Uwais ketawa tiba-tiba. “Sahabat kita yang seorang ni tak tahu lagi rupanya. Nampaknya ta’arruf kita tak lengkap lagi.” Uwais merangkul bahu Ajis .

“Oklah, Mr Ajis .” Uwais bergurau. “For your information, aku ni bekas produk hedonisme. Tengok cermin mata aku pun tahu kan. Aku kaki komputer yang jenis boleh mati kaku kalau sehari tak jumpa pc. Life aku cuma sekitar movie, song, game, insta, twitter, fac and benda-benda lain yang sewaktu dengannya. Ish, teruk kan? Solat entah ke mana, mengaji lagi jangan harap.” Uwais menceritakan masa lalunya. Masa lalu yang sudah menjadi kebiasaannya. Rasa sangat sakit untuk membuangnya. Sebab nafsu sentiasa menggodanya untuk kembali duduk menghadap laptop dan pc.

“Uwais ni kira solehlah juga jika nak dibandingkan dengan aku. Aku master bully. Pernah tumbuh cikgu sampai patah tulang hidung.” Bakri menelan air liur yang terasa berpasir. Tanpa sedar, matanya mula berair.

Ajis memandang tidak percaya. Serius otaknya tak boleh nak hadam maklumat yang baru diterimanya. “Habis tu macam mana kau berdua lawan nafsu korang? Macam mana nak jihad membuang benda-benda yang sebati dalam diri? Kan susah?” Ajis teringat perbuatan Bakri semalam. Ikutkan hati, boleh sahaja kalau dia nak belasah 4 orang senior itu. Tapi, dia tak buat.

Dia tahu susah. Sebab dia merasainya. Dan dia yakin semua orang merasainya.

“Tak susah, kalau dalam hati ada Allah. Kita buang benda-benda itu, dan Allah yang akan mengisi ruang kosong itu.” Uwais menjawab tenang.

“Yang kedua, peranan sahabat.” Bakri merangkul bahu Uwais. “Sahabat saling menguatkan. Nak berperang seorang diri memang susah. Tapi bila ada sahabat yang pinjamkan kekuatan, semuanya akan menjadi lebih mudah. Kau perasan tak aku ada satu habit buruk yang susah nak dikikis? Mulut aku ni, jahat. Kasar. Kan perasan tak siapa yang selalu ingatkan aku?”

“Aku.” Uwais menepuk dada.

“Ceh, habis banggalah tu.” Bakri menyiku Uwais. Uwais tersengih. “Ajis , kau tak rasa ke lebih ringan untuk buat ibadah bila bersama kami?”

Ajis terdiam. Memikir.

Ya, dia rasa sangat ringan. Kalau selama ini nak buat ibadah rasa malas, tapi bila dengan Bakri dan Uwais senang je dia buat. Kadang-kadang tak rasa berat langsung. Lama-lama dah jadi kebiasaan.

“Kami ada formula nak lawan hawa nafsu.” Tutur Uwais. Ajis mengangkat kening sebelah. “Apa?”

Bakri tersenyum. “Nafsu ni dia bencikan ibadah. Jadi, nak lawan dia kita kena paksakan diri kita beribadah. Lagi rasa malas, lagi banyak kita buat. Walaupun separuh rela. Biar nafsu kita terseksa. Lama-lama dah jadi kebiasaan. Bila iman dah ada dalam jiwa, kita akan merasai kemanisannya.”

“Waktu itu nafsu dah tewas.” Sambung Uwais.

“Maksudnya jihad kita melawan nafsu dah berakhirlah?”

Uwais menggeleng. “Jihad yang satu ini hanya berakhir apabila mati, sahabat. Jihad ini menagih seluruh kehidupan kita.”

Ajis mengangguk. Faham.

“Dah habis sesi tazkirah bab mujahadatunnafs. Sekarang, al-Kahfi.” Bakri kembali membelek al-Quran di tangan.

Paksa diri beribadah ya… Nanti kau nafsu. Senyuman terbit di bibir Ajis .

Al-Quran dicapai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience