BAB 2

Family Completed 492

“Take care, brother. Ingat Allah. Jaga iman, jaga akhlak.” Pesan abang sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta.

Ajis mengangguk. Faham benar maksud pesanan itu. Nak lepaskan kuda liar yang baru jinak kan?

Ajis mengeluh. Langkah diatur lemah ke perkarangan sekolah.

“Wei, budak baru ke?” Satu tangan melingkar di bahunya. Dia tersentak.

Seorang lelaki tinggi lampai, berkaca mata sedang tersenyum dengan sebelah tangan menyeluk poket.

“Budak! Salam mana?” Satu tapak tangan memukul kepala yang berkaca mata. “Hai, assalamualaikum.” Kepada Ajis , dia tersenyum sambil membuat gaya ’peace’. Ceria.

“Maaf, maaf. Assalamualaikum. Nama aku Uwais.”

“Yang smart dan bergaya ni namanya Bakri . Nice to meet you.” Dia menunduk ala-ala orang Jepun.

“Ceh, perasan!” Bahunya ditolak oleh yang berkaca mata.

Ajis ketawa. “Aku Ajis .”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience