Rate

BAB 3

Romance Completed 5371

Air wuduk yang menyucikan dirinya semakin mengering. Kedinginan kipas angin di masjid itu sangat menyenangkan. Feyra dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dengan khusyuk dan istiqamah. Sempat dia mengerling ke arah dinding jam masjid yang sudah pun menunjukkan pukul 5 petang.

Sebanyak-banyak doa aku panjatkan kepada ALLAH agar aku mendapat ketenangan. Menghadapi dugaan hidup seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah.

Aku menyarung kasut di tangga masjid. Perjalanan hidup aku bukanlah mudah. Meskipun aku telah dibebaskan, namun hidupku penuh dengan umpat dan kejian dari penduduk kampong. Mereka menuduh aku membunuh ibu dan ayah tiriku. Akhirnya aku membawa diri ke negeri Terengganu.

Kini sudah 2 tahun aku bekerja di Zeneria Resort sebagai house keeping. Sudah menjadi kebiasaan setiap habis kerja, dia akan menghabiskan masanya di pantai.

“Aku dah agak, kau mesti duduk kat sini. Nah aku bawakan air untuk kau, Faz.” Sapa Amira yang merupakan sahabatnya disini. Amira juga tidak mengetahui kisah silamnya. Yang dia pasti, Amira juga akan turut membencinya sekiranya mengetahui dia adalah pembunuh!

“ Terima kasih… tak payah susah-susah bawakan aku air…” jawabnya. Kini, dia lebih gemar dipanggil Faz berbanding Feyra.

“Faz, malam ni kau tak kerja kan?” soal Amira dengan suara yang lembut. Feyra dapat menangkap maksudnya. Jika ada sesuatu yang diinginkan pasti dirinya yang dicari.

“Hemm, dah tahu aku baru habis kerja, lagi nak tanya… cakap je lah nak suruh aku belikan novel kat pekan. Kan?!” sambungnya. Amira ketawa perlahan.

“Kau sayang aku kan?! Belikan please… tadi aku memang nak pergi beli.. tapi Syamel datang pulak ajak dating… tu yang tak jadi tu… please…” pujuk Amira. Feyra hanya pegun. Masak benar dengan perangai Amira apabila tunang tersayang datang. Terus lupa yang yang hendak dikerjakan. Akhirnya, dia juga yang menjadi mangsa.

“Boleh… tapi kau kena teman aku tengok sunset petang ni…” ujarnya tanpa secubit senyuman. Hatinya seolah-olah mati.

“Ni buat aku makin sayangkan kau… jangankan teman tengok sunset..teman kau ke hujung dunia pun aku sanggup.” Pipi Feyra diciumnya tanda sayang.

Tanpa disedari ada mata yang memerhatikan mereka. ‘ Cantik gila perempuan ni! Sesuai sangat jadi isteri aku. Hehe’ bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience