Rate

BAB 6

Romance Completed 5371

“ Welcome home, Feyra. Ni lah rumah saya.” Zaffran mempelawa isterinya masuk kerumah mereka buat pertama kalinya.

Mata Feyra menyorot di segenap ruang rumah agam itu. Rekaan yang simple namun jelas elemen kemewahan di situ.

“Wah, besarnya rumah Tengku. Mana mama Tengku?! Bawalah saya jumpa dia.” Soal Feyra teruja.

“Mama ada dekat rumah Opah saya kat Seremban. Nanti saya pergi ambil. Sekarang, saya nak bawa awak pergi bilik kita.” Jelas Zaffran.

“Bilik kita?!” Feyra kerut dahi.

“Yelah bilik kita. Lupa ke awak tu isteri saya?!”

“Tak, bukan tu maksud saya. Tengku lupa ke janji kita?!” dia kembali menyoal.

“Hemm… tapi awak tak kisah ke tidur bilik pembantu rumah?!” tanya Zaffran prihatin. Dia berat hati untuk membenarkan isterinya tidur di situ.

“Saya lebih dari tak kisah. Lagipun, saya dah biasa tempat yang lagi teruk. Setakat bilik pembantu rumah tu, takde hal la.” Ujar Feyra yakin.

“okaylah kalau macam tu. Sekarang, awak pergi rehat dalam bilik dulu. Kitakan baru sampai, awak mesti penat.” Ucap Zaffran.

“Tengku nak pergi mana pulak ni? Tengku tu tak rehat ke?! Bukan saya sorang yang baru balik dari siam kan?!” soal Feyra separa menyindir.

“Saya nak pergi ambil mama. Mama bukannya boleh tinggal lama-lama dekat rumah Opah…”

“Hemm, take care.”

“ Don’t worry. I’ll be back.” Ujar Zaffran sambil menghadiahkan ciuman didahi isterinya.

“Jaga rumah and jangan nakal-nakal, tau.”

Feyra hanya menghantar suaminya di hadapan pintu rumah. Setelah kelibat kereta mewah milik suaminya hilang meluncur di jalanan dia membawa diri ke kamar pembantu rumah yang terletak di dapur.

Selepas ini dia akan menjalankan misi memulihkan ibu mertuanya. Dia telah meletakkan jawatan di Zeneria Resort atas permintaan suaminya. Kepada Amira, diberitahu bahawa dia akan bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman milik Tengku Zaffran Qushairi. Teringat kembali perbualannya dengan Amira.

“Kenapa kau nak berhenti kerja kat sini, Faz?! Kau marahkan aku ke?” soal Amira.

“Marahkan kau? kenapa pulak aku nak marahkan kau?!” soal Feyra kembali.

“Yelah, manalah tahu kalau kat tak suka aku minta tolong kau selalu. Suruh beli itulah, inilah… aku minta maaf kalau kau rasa menyusahkan kau selama ni. tapi jangan lah berhenti.” Sambung Amira panjang lebar.

“Aku tak pernah rasa susah pon tolong kau. Aku berhenti kerja kat resort ni sebab Tengku tawarkan kerja kat rumah dia. Jadi orang gaji. Gaji lumayan la jugak.” Bohong Feyra.

“Habis, kau nak tinggalkan aku ke Faz?!”

“Alah, nanti kita jumpa lah.”

Kini sudah 2 bulan dia menetap di rumah mewah itu. Tengku Faridah, ibu mertuanya juga semakin pulih. Dia boleh berkomunikasi dengan Tengku Faridah namun hanya dia sahaja. Bahkan Tengku Zaffran sendiri masih tidak dapat berkomunikasi dengan Tengku Faridah.

“ma, Zaff sayangkan mama. And I miss you so much, ma. Zaff rindukan mama yang dulu. Please come back!” Zaffran bersuara. Dia duduk di birai katil mama nya. Wajah yang sedang tidur pulas itu dipandang.

Dia bersyukur kerana sepanjang pernikahannya, mama semakin pulih. Berkat isteri dan doa yang tidak putus-putus.

Setelah keluar dari kamar tidur mamanya, kaki diatur ke tingkat bawah. Ruang tamu dituju. Isterinya sedang ralit menonton televisyen dicuit.

“Sayang , terima kasih.”

“Terima kasih sebab apa?!” Feyra bersuara tanpa mengalihkan pandangannya. Matanya masih tertumpu di kaca televisyen.

“Sebab dah kembalikan mama saya.”

“Sama-sama.” Feyra menyegih. Gigi putihnya ditayangkan kepada suaminya.

“Btw, esok saya outstation ke JB. Tolong saya siapkan baju?!” pinta Zaffran lembut.

“Okay, berapa lama awak outstation?!”

“Seminggu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience