Rate

BAB 5

Romance Completed 5371

Pagi-pagi lagi Feyra berlari ke bilik mesyuarat. Hari ini mereka akan diperkenalkan dengan bos baru yang menggantikan Tengku Adam.

“Hai semua… saya perkenalkan Tengku Zaffran Qushairi merangkap bos baru kamu semua. Saya harap kamu semua dapat berikan kerjasama yang baik dengan Tengku seperti mana dengan saya.” Terang Tengku Adam.

“Hai semua… and hai Feyra.” Zaffran bersuara. Matanya tertumpu pada Feyra. Gadis itu hanya menunduk apabila mata-mata lain memerhatikannya.

“Awak semua boleh keluar accept you, Feyra.” Sambung Zaffran.

“Ada apa Tengku nak jumpa saya?!” soal Feyra apabila hanya tinggal mereka berdua sahaja diruangan itu.

“Saya ada tawaran yang menarik untuk awak.” Feyra terpempan. Tawaran menarik!

“Silakan duduk. Kita bincang dulu.” Sambung Zaffran.

“Tawaran apa Tengku?!”

“Tawaran to be my soulmate.” Jawab Zaffran tenang.

“Apa? Maksud Tengku?” soal Feyra kurang mengerti.

“Maksud saya, awak jadi isteri saya. Sudi tak?”

“ Apa yang saya dapat kalau saya jadi isteri Tengku.” Soal Feyra tenang. Dia pasti Zaffran ada alasan sendiri atas lamaran ini.

“Awak akan dapat kasih sayang seorang mama.” Jawab Zaffran senada.

“Mama? Maksud Tengku, Ibu?”

“Ye… tapi…”

“Tapi apa Tengku? Ada masalah ke?” soal Feyra penasaran. Wajah Zaffran kelihatan mendung.

“Mama saya… she had a mentally traumatized…” wajah kacak Zaffran menunduk. Dia kehilangan kasih sayang seorang ibu hampir 8 tahun.

“Mentally traumatized?! I’m sorry to hear that. Kalau Tengku sudi cerita, macam mana mama Tengku jadi macam tu?!”

“Dah 8 tahun mama sakit. Semuanya selepas mama dapat tahu yang papa dah kahwin lain. Mama jadi murung dan hidup dalam dunia dia sendiri… saya harap awak dapat bantu saya, Feyra…” ujar Zaffran penuh mengharap.

“Tapi Tengku akan benci saya bila Tengku tahu siapa saya ni sebenarnya. Saya ni seorang…”

“Pembunuh?! Tu maksud awak?!” soal Zaffran kembali. Nyata, gadis ayu dihadapannya terkejut. Jelas terpamer riak terkejut di wajah itu. Mungkin tertanya-tanya bagaimana dia mengetahui hal begini?

“ Terkejut mana saya tahu semua ni?! Saya dah siasat siapa awak dan saya tak kisah pasal masa silam awak. Yang saya pasti, awak sekarang bukan awak yang dulu. So, sudi tak jadi isteri saya?!” Zaffran telah mengupah penyiasat untuk menyiasat latar belakang Feyra. Dia mengetahui tentang mengenai kes pembunuhan ibu Feyra dan ayah tirinya. Namun, identiti ayah tiri Feyra tidak dapat dikenalpasti.

“Kalau macam tu, saya terima lamaran Tengku. Saya sanggup bantu ibu Tengku. Tapi dengan satu syarat…”

“Syarat?! Apa syaratnya?!”

“Tengku kena rahsiakan perkahwinan ni daripada semua orang termasuk Tengku Adam sekali. Boleh?!”

Zaffran kerut dahi. Kenapa nak nikah senyap-senyap pula? Kalau pasal status gadis itu, dia tidak peduli. Yang penting kesihatan mamanya dan rasa cinta yang mulai tersemai buat gadis kecil molek itu.

“Kalau nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat siam.”

“Siam ke, Vietnam ke, saya tak kisah.” Feyra menyengih.

Zaffran berfikir sejenak. Feyra ni biar betul. Serius ke saja nak main-main?

“Tapi kalau nikah senyap-senyap pun, saya tak nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh.” Zaffran angkat-angkat kening.

“Kalau dah sah nanti, tang mana Tengku nak sentuh pun saya bagi.” Feyra sengih lagi. Semuanya kerana keinginannya yang satu itu. Kasih seorang ibu yang ditawarkan Tengku Zaffran Qushairi tidak akan ditolak. Dia benar-benar menginginkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience