Rate

BAB 1

Romance Completed 5371

Langkahnya lesu, tak sabar dia mahu melampiaskan letihnya di atas katil. Fikirannya sudah jauh terkenangkan katil dan bantal. Betapa nikmat jika dia dapat tidur saat ini.

Pintu rumah dikuak lalu dikunci. Rumah sunyi seolah tiada siapa di rumah.

Arghhh leganya!

Tubuhnya dilempar ke katil, kipas angina membuatkan matanya layu dan dia terlena.

Aneh, mengapa rasa aneh pada tubuhnya seakan-akan ada tangan yang cuba melondehkan kain batiknya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Alangkah terkejutnya dia melihat sosok tubuh di hadapannya.

“Pakcik buat apa dalam bilik Feyra ni?” soal Feyra Fazleen. Takut! Dia takut dengan lelaki yang berdiri dihadapannya.

“Aku nak kau la, bodoh. Aku dah lama idamkan kau. Cuma mak kau yang bangang tu selalu je ada.” Feyra tergamam. Apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu?

“ Apa pakcik? Pakcik nak apa dari Feyra?” soal Feyra ketakutan.

“ sekarang mak kau takde. Tinggal kita berdua je. Mari, sayang sini dekat aku.” Lelaki itu bertindak berani. Dia memeluk tubuh kecil anak tirinya. Dia betul-betul menginginkannya.

Salah ibunya kerana tersilap menikahi lelaki itu. Bukan sahaja kaki judi tetapi kaki mabuk! Dia benci lelaki itu.

“Pakcik lepaskan Feyra… tolonglah pakcik. Jangan buat Feyra macam ni! Feyra sanggup buat apa sahaja… Feyra minta pakcik lepaskan Feyra…” Feyra menangis sambil meminta lelaki itu melepaskannya.

“Pergi mampos dengan permintaan kau tu. Sekarang kau milik aku, sayang…” lelaki itu makin berani. Dia bertindak mencium leher jinjang gadis itu belasan tahun itu.

Feyra yang ketakutan bertindak mengigit tangan lelaki itu. “Arghh… jahanam kau!” jerit lelaki itu kesakitan. Feyra berlari ke dapur, sebilah pisau dicapai.

“Pakcik jangan dekat dengan Feyra! Feyra bunuh pakcik nanti!” jerit Feyra sekuat hati.

Entah bagaimana, Feyra tersilap langkah. Dia Berjaya ditangkap lelaki durjana itu. Pisau digenggamannya hilang entah kemana?! Dia kembali meronta.

“Tolong!!! Tolong Feyra…” jerit Feyra sekuat hati. Namun suaranya tidak didengari sesiapa. Memandangkan rumah sewanya jauh dari rumah orang.

“Diam..diam aku cakap…” tempik lelaki itu. Muka comel itu ditamparnya berkali-kali. Feyra terkulai layu setelah dibelasah lelaki itu.

“Abang! Apa abang nak dah buat dengan anak saya?!” jerit satu suara. Ibu Feyra! Mujurlah dia pulang awal hari ini. Tidak diduga, suaminya bertindak seperti setan.

“Kau diam! Dah lama aku idamkan tubuh anak kau.”

“Astaghfirullahalazim. Apa abang cakap ni? Lepaskan anak saya.” Sarimah berlari kearah anaknya. Sayu dia melihat kesan lebam diwajah anaknya.

“Kau ketepi!” pekik suaminya bagaikan orang tidak siuman. Sarimah mencapai pisau di bawah meja. Dia tekad.

“ Baik abang keluar dari rumah ni, kalau tidak saya bunuh abang!”

“Kau nak bunuh aku?! Ha…ha…” lelaki itu ketawa. Dia mendekati isterinya.

“Sini…bunuhlah aku…” lelaki itu bergelut dengan isterinya. Akibatnya, pisau itu menikam dada Sarimah. Dia jatuh terkulai. Wajah anak kecilnya dipandang sebelum perlahan dia menutup matanya buat kali yang terakhir. Lelaki itu ketawa melihat isterinya yang diam tidak berkutik.

“Ibu!!! Jahanam kau.” dengan rasa amarah yang membengkak dihati. Pisau diatas meja dicapai. Dia berlari kearah suara lelaki yang masih ketawa diatas kematian ibunya. Belakang lelaki itu ditikam bertubi-tubi kerana rasa geram yang menguasai diri. Darah memancut kearahnya tidak dipedulikan. Yang pasti amarahnya dapat dilepaskan!

Akhirnya dia dimasukkan ke dalam sekolah pemulihan akhlak kerana tuduhan membunuh. Setelah dia ditangkap, dia langsung tidak membuka mulut mengenai perkara itu. Dia tidak membela dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience