BAB 3

Romance Completed 688

‘Mana pulak mamat ni? Kata pukul enam, dah enam setengah dah ni...
batang hidung tak nampak lagi... Dahlah aku tak kenal yang mana satu.
Haishh!’ Safiyya mengomel sendiri sambil mengerling jam tangannya.
Mata Safiyya tercongok memandang ke arah balai ketibaan. Kad manila yang
dicontengnya nama Adif Farhan diangkat lagi, kali ini lebih tinggi, biar
sampai dari dalam kapal terbang lagi boleh nampak.
“Safiyya ?” teguran seorang lelaki dari arah belakang. Safiyya segera
berpaling ke arah suara itu.
Erk! Safiyya rasa macam nak pengsan.
“Ash...hrrraafff....Mmm...Mmmussliiimmmm?” Safiyya tergagap, tercengang
melihat jejaka idamannya di hadapan.
“Rayyan apa?” jejaka itu garu-garu kepala. ‘Ala buat-buat tak tahu
pulak, comel!’ Safiyya menjerit dalam hati.
“Safiyya ... ni Adif la...” Adif merenung Safiyya dalam-dalam.
“Aaa...diiiffff?” mata Safiyya membulat mendengar nama itu.
“Eh, sejak bila awak ni gagap? Dulu masa kecik-kecik ok je.” Adif
bersuara sambil membetulkan beg yang disandangnya.
Safiyya cuma diam. Matanya meneliti wajah Adif, memang sekali pandang
macam Rayyan Islam , tapi dua kali pandang, baru nampak bezanya.
‘Kenapa kecil-kecil dulu aku tak sedar muka dia macam Rayyan Islam ek?
Eh masa kecik dulu, aku mana kenal Rayyan Islam lagi,’ Safiyya menepuk dahi.
“Eh awak tak apa-apa ke Safiyya ?”
“Er, saya ok!”
“Oh, tak gagap. Ingat dah jadi gagap lepas saya pindah dulu. Mana lah
tahu kan.”
Safiyya mencebik. ‘Perli aku pulak, huh!’
“Pandai lagi awak cakap Melayu ek? Ingat dah lupa.”
“Mana boleh lupa, nanti macam mana nak cakap dengan buah hati.” Safiyya
pandang wajah Adif sekilas, kurang mengerti.
“Buah hati? Orang Malaysia ke?”
“Buat-buat tak paham pulak dia ni.”
“Apa?”
“Kalau awak nak suruh saya cakap Arab pun boleh, nak ke?” Adif tersengih.
Safiyya cepat-cepat geleng. Manalah dia nak faham kalau Adif mula cakap
Arab. Dah la wajah ala-ala Rayyan Islam , pakai pulak kopiah, nak cakap
arab pulak. Nanti sebijik macam Ustaz Amirul! Watak Rayyan Islam dalam
Puaka Niyang Rapik. Cair der...
“Ni awak nak saya hantar awak ke mana ni? Mak cuma pesan suruh ambil
awak, tapi tak bagitahu nak hantar awak ke mana...” Safiyya berbicara acuh
tak acuh tanpa memandang ke arah Adif. ‘Pandang kang cair pulak aku!’
“Hantar saja saya ke hati awak, boleh?”
Cepat-cepat Safiyya menoleh. Erk panahan mata yang tajam, cepat-cepat
Safiyya tunduk.
Adif ketawa kecil, sopan sekali.
“Janganlah merepek, bagitahu la betul-betul.”
“Hantar saya ke hotel ajelah. Saya pun tak tahu nak ke mana lagi ni.
Rumah sewa belum dapat.”
“Oklah kalau macam tu.”
Telefon berdering tiba-tiba. ‘Eh mak! Macam tahu je menantu dia dah
tiba.. erk menantu?’
“Assalammualaikum mak. Ni Adif dah sampai dah, Fiyya nak hantar dia ke
hotel ni.”
“Waalaikumussalam. Eh tak payah Fiyya , bawak dia balik rumah kita.”
“Eh tak apa ke mak?”
“Tak apalah. Dia tu dah macam anak mak dah. Abah kamu pun ada kat rumah.
Apa takut? Lepas dia dapat rumah sewa nanti, barulah dia pindah.”
“Safiyya ...” Adif memanggil. “Apa mak awak kata?”
“Dia suruh awak tidur kat rumah kami.” Safiyya separa berbisik.
Adif membuat isyarat, meminta telefon itu dari Safiyya . Cepat-cepat Safiyya
menghulurkan.
“Tak payahlah mak, susahkan mak aja nanti...” Adif berbicara. ‘Mak?
Sejak bila dia panggil mak aku emak?’ Safiyya garu kepala.
“Kalau macam tu, iyelah. Terima kasih mak!” Adif kelihatan riang. Sebaik
dia memberi salam, talian terus dimatikan.
“Kenapa?” Safiyya menyoal.
“Mak awak suruh saya bermalam kat rumah awak.”
“Itu saya tahu...”
“Habis tu?”
“Kenapa awak panggil mak saya, mak?”
“Suka hati sayalah.”
“Sejak bila?”
“Sejak saya bakal jadi menantunya...”
Safiyya terpempan. ‘Bakal menantu?’
“Apa yang awak merepek ni Adif? Saya tak faham la.”
Adif tersenyum penuh makna. Naik pening Safiyya tafsirkan senyumannya itu.
“Awak tak tahu lagi ke?”Adif bersuara sambil memasukkan barangannya ke
dalam bonet kereta.
“Tahu apa?”
“Awak dan saya, kan bakal...”
Safiyya terkedu. ‘Bakal apa? bakal bertemu? Bakal berpisah? Bakal
bercinta? Bakal berbesan? Erk apakah!’
“Bakal apa?” Safiyya bertanya separa menjerit, mahu segera tahu.
“Eh tak sabar ek Fiyya ..”
Safiyya tertunduk malu.
“Tanyalah mak awak nanti. Dia ada jawapannya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience