BAB 5

Romance Completed 688

“Fiyya tak suka ke kita disatukan?” Adif bersuara saat Safiyya duduk di
meja makan, menghadap minum petang yang disediakan ibunya saat dia
singgah di rumah hujung minggu itu. Safiyya memang akan balik setiap
hujung minggu, rumah sewanya dan rumah keluarganya pun tak jauh sangat,
hampir sejam perjalanan, tapi sebabkan nak pergi kerja jauh, sebab tu
Safiyya duduk menyewa.
Hampir Safiyya tersedak cucur pisang yang sedang dimakannya saat mendengar
soalan Adif itu, mata Safiyya membulat memandang Adif.
“Bila masa saya cakap tak suka?”
“Tak payah cakap, dari riak wajah pun dah tahu.”
‘Erk, ada ilmu tilik muka ke Adif ni, seram ah! Kang dia baca aku,
mampus...’ Safiyya risau, cepat-cepat dia palingkan muka, takut Adif
membaca wajahnya.
“Mana ada, merepeklah awak ni.”
“Kalau macam tu, awak setuju?”
“Entah la...”
“Entah?”
“Tak tahu.”
“Kalau awak tak mahu, saya bagitahu mama. Kita boleh batalkan.”
“Awak pulak macam mana? Setuju ke?”
“Saya tak kisah. Lagipun memang saya...”
“Saya apa?”
“Saya yang minta dijodohkan dengan awak...”
“Erk!”
“Amboi, asyik bersembang... ni bincang pasal persiapan kahwin ke?”
mereka serentak berpaling. Safiyya menarik nafas lega bila melihat ibunya
terpacak di hadapan mereka. Sekurang-kurangnya dia tidak berasa janggal
berduaan bersama Adif. ‘Adif minta dijodohkan dengan aku?’ hatinya ligat
memikirkan persoalan itu.
“Mana ada mak, ni Safiyya ni, bukannya nakkan Adif pun.”
“Safiyya ! Betul ke?”
Safiyya tersenyum lalu bingkas bangun dari situ. Serabut dia memikirkan
semua ini. Biarlah dia berfikir dengan tenang sebelum membuat keputusan.
---------------------------------------------------------------------
Sudah sebulan perkara ini berlalu, Safiyya masih buntu dalam membuat
keputusan. Kalau boleh memang ibunya mahu dia menerima Adif, tapi Adif
sendiri menyuruh ibunya memberi masa supaya Safiyya dapat berfikir dengan
tenang. Adif tak mahu memaksa Safiyya membuat keputusan yang begitu
penting dalam hidupnya.
Bagi Safiyya , memang rasa cinta sudah berputik dalam hati, namun sukar dia
tafsirkan, apakah cinta itu tulus untuk Adif atau sekadar kerana Adif
mengingatkannya pada Rayyan Islam . Safiyya sangat buntu, Safiyya takut
kelak lepas berkahwin, dia masih membayangkan Adif sebagai Ashraf
Islam . Pasti dia menanggung dosa mengingati lelaki lain saat sudah ada
suami disisinya.
“Safiyya , jom! Pergi shopping!” Nani yang entah datang dari mana menarik
tangan Safiyya yang sedang duduk di sofa.
“Eh apahal tiba-tiba ni?”
“Syyhh, diam! Ikut je lah. Nanti aku belanja wayang Aku Masih Dara.”
“Eh tunggu la aku siap dulu.”
“Ala tak apa, ok dah tu.”
Safiyya pandang dirinya. ‘Seluar track dengan t-shirt lusuh ni Nani cakap ok?’
“Ish gila ke hapa kau ni. Tunggu kejap aku pergi salin baju dulu.”
“Yelah. Cepat sikit tau!”
Saat sampai di perkarangan kompleks membeli-belah itu, Safiyya tercengang
saat melihat kelibat Adif Farhan, dia tersenyum seraya melambai ke arah
mereka.
“Kenapa dia ada sini Nani?” Safiyya berbisik di telinga Nani.
“Adalah, jom!” Nani menarik Safiyya menghampiri Adif.
“Terima kasih sebab tolong saya Nani.” Adif bersuara. ‘Tolong? Apa ni?’
Safiyya buntu.
Nani tersengih.
Adif dan Nani jalan beriringan di hadapan, meninggalkan Safiyya seorang di
belakang. Hati Safiyya terasa sebal. ‘Tahulah nak mengorat Adif, janganlah
tarik aku sekali tadi.’
Saat tiba di sebuah restoren, mereka mengambil tempat, ingin mengisi
perut masing-masing.
“Duduk dulu ya, aku nak pergi toilet.” Nani meminta diri.
Safiyya sekadar mengangguk lantas menghirup air minumannya.
“Safiyya ...” suara Adif itu segera membuatkan Safiyya mendongak.
“Aaaa!” Safiyya menjerit ketakutan.
“Syhh.. syhh... Safiyya ni Adif la...” Adif di hadapannya segera memandang
Safiyya . Topeng muka yang baru disarungnya segera dibuka semula, sambil
menunjukkan tanda OK pada orang sekeliling yang memerhati.
“Kenapa awak buat macam tu, terkejut la saya.”
“Saja...” Adif berbicara sambil memakai semula topeng tersebut.
“Awak ni gila ke?”
“Apa?” Adif sengaja dekatkan mukanya pada Safiyya . Bertambah seram Safiyya
rasa, meremang bulu romanya.
“Pakai topeng macam ni, macam orang gila. Tahu tak?”
Safiyya pandang sekeliling, mujur tiada lagi mata memerhati, tempat mereka
duduk pun agak tersorok.
Perlahan Safiyya menggelengkan kepalanya.
Adif merenung Safiyya dalam-dalam. “Saya nak tanya awak. Awak rasa awak
boleh tak jatuh cinta dengan seseorang tanpa lihat wajahnya?”
“Entah!”
“Saya boleh, sebab saya jatuh cinta dengan seseorang yang saya tak
tengok wajahnya. Cuma dengar cerita dari mama saya.”
“Saya peduli apa?” Safiyya mencebik. ‘Gila ke apa Adif ni? Tiba-tiba
cerita pasal cinta-cinta ni.’
“Awak kena tengok orang tu dari hati budinya. Kalaupun semua orang dalam
dunia ni berwajah sama, awak tetap akan dapat mengecam setiap satunya
dari hati awak.”
“Maksud awak?”
“Kenali diri orang itu dari hatinya, bukan dari wajahnya. tak kisah lah
wajahnya seiras siapa pun.”
‘Eh macam pelik je nasihat dia ni...’
“Maksud awak?”
“Saya tahu, awak takut nak terima saya, sebab wajah saya seiras Ashraf
Islam kan? Nama yang pertama kali awak sebut masa jumpa saya.”
Safiyya terkedu.
“Saya memang tak kenal siapa itu Rayyan Islam , tapi bila saya dengar
awak sebut namanya, cepat-cepat saya cari pasal dia. Tapi saya tengok
tak adalah iras mana pun. Hensem saya lagi.”
Safiyya ketawa lucu.
“Saya tahu awak keliru Safiyya . Nani dah terangkan segalanya. Awak takut
awak sukakan saya cuma sebab saya seiras Rayyan Islam kan?”
Safiyya terdiam seribu bahasa, tak mampu nak membalas.
“Sekarang awak tengok saya dalam topeng ni, saya adalah Adif, bukan
Rayyan Islam , awak masih sukakan saya atau tak? Kalau saya dan Ashraf
Islam , keduanya memakai topeng ni, awak boleh cam tak kami? Dari hati
awak?”
Safiyya merenung wajah itu, yang ada di depan matanya cumalah wajah topeng
ala V for Vendetta. Tapi jauh di dalam hatinya dia tetap dapat merasakan
satu getaran buat insan di sebalik topeng itu. Walaupun Adif bertopeng,
dia masih bisa mengenal hati budi Adif, peribadi seorang Adif Farhan
yang dikenalinya sewaktu dulu.
Perlahan Safiyya tersenyum. Bahunya dijongket menandakan dia tidak tahu.
Padahal di dalam hatinya bagaikan sudah menetapkan sesuatu di dalam hatinya.
“Fiyya !” Nani memanggil. Segera dia menghampiri Safiyya .
“Ish lamanya kau pergi toilet. Memerut ek.”
“Sori beb. Sakit perut.”
“Sakit perut ke sengaja arr?”
Nani tersengih macam kerang busuk.
“Bila nak tonton Aku Masih Dara?” Safiyya menyoal penuh pengharapan.
“Erk, esoklah. Hari ni wayang full.”
“Ala, kau ni. Tak dapat aku tengok Rayyan Islam hari ni.”
“Relaks la. Kan kau dah ada Rayyan Islam celup.” Nani ketawa kecil
sambil merenung Adif yang sudah membuka topengnya. Ada riak kecewa dalam
wajahnya itu.
“Yang tu lain...”
“Yang itu apa?”
Safiyya tersenyum. ‘Itu Adif, bukan Rayyan Islam ,’ Safiyya bermonolog
sendiri. Kenali seseorang dari hatinya, bukan wajahnya.
Safiyya pandang wajah Adif sekilas, seraya tersenyum. Ini Adif! Bukan
Rayyan Islam !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience