BAB 7

Romance Completed 688

“Fiyya , Adif dah balik Mesir.”
“Betul ke ni mak?”
“Iyelah.”
Safiyya terkedu saat mendengar kata-kata ibunya dari hujung talian, lemah
longlai selurut urat nadinya tika itu, badannya rasa tidak bermaya.
Perlahan tangannya lepas dari menggenggam telefon di telinga.
“Fiyya .. Fiyya ...” suara ibunya di hujung talian tidak lagi dihiraukan.
Dadanya dipenuhi rasa sebak yang mencengkam. Air mata dibiarkan
berjuraian di pipi.
‘Kenapa awak pergi tanpa mahu tahu perasaan saya Adif?’
Kau yang bodoh sebab lepaskan dia pergi....
Tapi aku tak bermaksud begitu, aku cuma perlukan masa untuk menimbal
semua ini....
Tapi sampai bila Fiyya ? Kau ingat Adif boleh sabar ke dengan kau?
Aku tak jangka dia akan pergi begitu pantas...
Kau telah menolak jodoh yang terbaik untuk kau Fiyya ...
Safiyya gumam. Hatinya merintih sendiri, penyesalan mula menebal dalam
dirinya akibat menafikan cinta yang kian mekar dalam hati.
“Aku bodoh kan Nani?”
“Apa yang kau merepek ni Safiyya ?”
“Aku tak bersyukur kan?”
“Sudahlah Safiyya , aku tahu kau sedih sebab Adif dah pergi. Yang penting
sekarang, berdoa agar Allah bukakan hati dia untuk kembali ke sini...”
“Aku rasa macam dah tak ada harapan la Nani, dia mesti dah tak mahukan
aku,” Safiyya berbicara dalam sendu.
“Sabarlah Fiyya . Sabar.” Nani memeluk sahabatnya itu, cuba mengusir
gundah dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience