BAB 8

Romance Completed 688

Sejak Adif pergi tanpa khabar tiga bulan lalu, sejak itu Safiyya terasa
begitu kehilangan. Setiap saat dia merindui Adif, tiada lagi Ashraf
Islam yang dirinduinya, hanya Adif Farhan.
Dah penat dia berendam air mata, sampai bengkak-bengkak matanya, Safiyya
mahu kuat, tak mahu lagi sedih-sedih. Nak menyesal pun tak guna, sebab
dia yang tak mahu terima Adif pada mulanya. Dia tak mahu berharap lagi
yang Adif akan pulang semula.
“Minggu depan Adif baliklah.”
Hampir tersembur air yang sedang diminum Safiyya saat mendengar kata
ibunya itu. Baru saja dia tak mahu berharap, tiba-tiba berita itu pula
yang diterimanya.
“Apa mak?” Safiyya kurang percaya. Matanya membulat, mahu mendengar
perjelasan ibunya.
“Minggu depan bakal suami kamu tu baliklah.”
“Bakal suami?”
“Iyelah, kan dia balik Mesir sebab nak buat persiapan dari pihak dia,
nanti dia datang sini bawak rombonganlah. Kenapa? Kamu tak mahu dia lagi
ke? Sudahlah Safiyya , terima jelah Adif tu, rugi kamu nanti.”
Safiyya terkesima mendengar kata ibunya. Matanya digosok beberapa kali
untuk memastikan dia tidak bermimpi.
“Bbbb....betul ke ni mak?”
“Iyelah, mak tak bagitahu Fiyya ke yang dia balik untuk buat persiapan?”
“Tak ada pun.”
“Oh, sori. Mak terlupalah tu.”
Safiyya tepuk dahinya, dek kerana tercicir maklumat yang satu itu, dia
sudah menganggap Adif pulang ke Mesir untuk selamanya, kerna satu
perkara itu, Safiyya menanggung sesalan yang tidak berpenghujung.
Air mata Safiyya mula bertakung di tubir mata, bukan kerana dia sedih,
tetapi terlalu gembira. Hatinya menjerit kegembiraan atas berita itu.
‘Syukur Allah masih memberiku peluang kedua.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience