Series
146
“TAHNIAH. Tabarakallah.”
Senyuman Aurelia sangat manis dan ceria. Dia bersalaman dengan sahabat-sahabat yang datang ke majlis bertandang sebelah suaminya di Bangsar, Kuala Lumpur. Lain sungguh vibe membuat majlis perkahwinan di bandar ini.
Tiada rewang.
Semuanya disediakan perkhidmatan. Cuma memerlukan duit yang banyak.
Duit?
Haih, ini yang paling pening dia fikirkan. Namun, memikirkan perkahwinan ini hanya sekali dalam seumur hidup dia bersetuju sahaja. Lelaki yang paling dia cintai ada di hadapan sana sedang berborak gembira bersama rakan-rakannya.
“Aurelia?”
Suara lelaki tua memanggilnya, senyuman terus dicarikkan paling manis. “Ya, abah.”
“Kitorang nak balik dahlah. Takut sampai lewat malam pulak nanti. Mata abah ni tak nampak sangat. Jaga diri baik-baik ya. Gembira abah tengok ramai kawan-kawan Lia datang jugak majlis kat sini ya,” kata Zakaria sambil mengusap kepala anaknya.
Cebik terus wajah Aurelia, namun dia mengangguk terus bersalaman dengan abahnya kemudian bersalaman dengan emaknya. Mereka tiga beranak berpelukan kuat. Rasa sebak mula menggebu dalam hati Aurelia.
“Lia panggil Kamil kejap,” kata Aurelia sambil berjalan menuju ke arah meja yang diduduki oleh suaminya bersama rakan-rakannya. Dia tersenyum manis menyapa sahabat-sahabat suaminya.
“Sorry kacau. Awak? Abah dengan mak nak balik dah.” Aurelia berbisik sedikit di telinga Kamil.
Laju Kamil menggeleng dan berdecit. “Balik jelah. Orang tengah seronok bercerita ni. Kacaulah dia ni. Bukan tak jumpa pun nanti. Tadi pun dah salam kan.”
Berubah wajah Aurelia. “Ya, tapi itukan mak abah saya. Kejap je salam je pun.”
Mata Aurelia memandang ke arah abah dan emaknya yang sedang berbual kecil bersama saudara yang lain. Dia serba salah untuk kembali ke sana tanpa Kamil.
“Awak, jomlah.”
“Eh, kau kan. Buat aku baran jelah.” Kamil terus bangun dan menuju ke arah emak dan abah mertuanya dengan wajah tegang. Aurelia hanya mengikut dari belakang dengan dada yang berdebar.
Zakaria dan Sarimah tersenyum memandang anak dan menantunya.
“Abah dengan mak nak balik dulu ya,” sapa Zakaria sambil hulurkan tangannya.
Kamil menyambut dengan wajah ketatnya sambil mengangguk. “Ha, okey, okey.” Kemudian bersalaman dengan saudara mara Aurelia yang datang dari Johor itu. Wajahnya sangat ketat dan beberapa kali terdengar keluhannya.
Aurelia memeluk abah dan emaknya buat kali terakhir sebelum mereka pulang ke kampung. “Bawak kereta hati-hati. Lia tak ada nak bergilir dengan abah dah. Emak temankan abah tau. Nanti Lia balik kampung tau.”
Tersenyum Zakaria melihat anak manjanya yang sudah berkahwin ini. Dia dan isterinya bukan lagi keutamaan kepada anaknya.
“Jadi isteri yang baik ya, nak.”
Aurelia angguk.
Kamil terus melemparkan senyuman ketat dan kembali kepada sahabatnya membiarkan isterinya hanyut dengan kesedihan yang berendamkan rindu.
“UNTUNGLAH malam-malam dah ada peneman. Tak payah tembak dinding.”
Berdekah meja yang dipenuhi dengan lelaki-lelaki seperti mat rempit itu. Majlis sudah lama habis cuma tinggal mereka di meja itu.
Kamil tersenyum bangga. “Aku dah download video yang kat Telegram tu. Fuhhh, banyak skil boleh cuba. Hilang kepala lutut aku.”
Bersorak satu meja sambil melemparkan kata-kata carutan dengan bersahaja. Mata Kamil menangkap satu sosok wanita yang sedang memandangnya dari jauh sambil membuat wajah sedih.
Dia tahu wanita itu pastinya kecewa dengan apa yang berlaku.
“Kejap weh.”
“Alamak. Playboy betullah Kamil ni. Untunglah jadi rebutan,” kata kawan Kamil.
Berlari anak Kamil mendapatkan Neeta yang sedang menunggunya di belakang dewan. Neeta yang manis memakai baju kebaya moden yang menampakkan bentuk badannya yang cantik berserta mekap yang menyerlahkan lagi wajahnya.
“Kenapa datang lambat? Makanan dah habis,” kata Kamil sambil mencapai tangan Neeta.
Neeta menarik tangannya. “Jangan sentuhlah. Awak dah jadi suami orang.”
“Suami orang tu status je. Yang penting hati saya. Awak takkan hilang saya. Saya tetap nak awak. Kan saya dah cakap jangan risau,” pujuk Kamil sambil memegang pinggang Neeta yang kurus itu.
Mereka saling berpandangan, tenggelam dengan rasa yang menggunung. Perlahan-lahan Kamil menundukkan wajahnya dan mengucup bibir Neeta dengan lembut. Cuba meyakinkan Neeta yang dia tetap yang utama.
Kucupan dilepaskan barulah Neeta tersenyum. “Dahlah. Nanti orang nampak.”
Kamil tersenyum. “Malam nanti saya cari awak, okey?”
Neeta mengangguk dan terus beredar dari situ.
Hembusan nafas dilepaskan Kamil dan baru saja dia mahu membelok untuk keluar dari belakang dewan itu dia terkejut terserempak dengan kawan merangkap jirannya juga.
“Zul. Uish, kau ni…”
“Kau pun macam nampak hantu,” balas Zul sambil menggeleng.
“Okeylah, gerak lu.”
“Mil, kau dah kahwin tau. Jangan buat perangai bangsat kau kat perempuan baik-baik macam bini kau tu. Kesian dia. Hancur mak ayah dia kalau tengok anak dia dipermainkan kalau kau tak tinggalkan perangai buruk kau,” tegur Zul dengan nada perlahan dan menasihati.
Kamil berdecit dan memandang dengan geram muka Zul.
“Kau taste dengan bini aku kan? Ke kau cemburu sebab tak dapat bini terpelajar macam bini aku tu. Kita lelaki kena pandai. Kat rumah untuk keluarga kita kena cari perempuan baik-baik, kat luar kita penuhi hasrat naluri lelaki nak perempuan boekkk punya.” Berdekah Kamil sambil meninggalkan Zul yang terdiam dengan jawapan Kamil.
RUMAH keluarga Kamil tidaklah begitu besar mahupun kecil. Standard rumah di bandar yang sangat terhad dan ruang tidak terlalu besar. Lebih lagi kalau rumah di atas angin ini. Rumah ini ada 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi.
Malam ini adalah malam pertama dia tinggal di sini. Minggu lepas seminggu dia tinggal di kampung keseorangan selepas majlis Kamil pulang ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. Bila majlis bertandang barulah dia bertemu semula dengan suaminya ini.
Kamil dan Aurelia tinggal di bilik paling kecil. Memuatkan katil bujang dan almari.
Perlahan Aurelia keluar dan mengemas dapur serta rumah itu. Semua orang berada di dalam bilik masing-masing. Kamil mempunyai seorang emak yang dipanggil mama dan dua orang kakak bernama Zira dan Mira.
“Lia, jom…” panggil Kamil di ambang pintu bilik mereka.
“Kejap.” Aurelia masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik.
Kamil pandang dari atas ke bawah. “Bukaklah.”
“Bukak apa?”
Berdecit mulut Kamil. “Bukak baju dan kain awak. Ke awak nak saya main dengan perempuan lain ni? Layanlah saya, tu tugas isteri tau. Tak ingat ke abah awak pesan supaya jadi isteri yang baik? Berani nak melawan.”
Aurelia mengangguk. Dia sebenarnya tidak suka buat hubungan badan dengan Kamil kerana lelaki ini sangat kasar dan dia jadi tidak suka dengan setiap sentuhan itu. Entahlah, kenapa orang kata seronok. Tetapi, dia tidak menemui keseronokan itu.
“Lambatlah kau ni.” Kamil terus menarik Aurelia dan dia menyentap pakaian Aurelia sambil tergelak.
“Kau boleh tak berlakon macam kau kena rog...?”
p/s: Hai bertemu kita lagi.
Share this novel
cerita awak ni kalau buat cerita ai best jugak hihihi