"Terima kasih tolong kemaskan" ucap Fahmi pada Afya. Afya tiba-tiba masuk ke bilik dan mengemas barang keperluan Fahmi untuk ke aktiviti luar sekolah selama 2 hari 1 malam tadi. Afya tidak tersenyum. Dia hanya mengangguk kepala kemudian dia melakukan hal lain. Dia hanya melakukan tugasnya sebagai seorang isteri saja bukan bermakna dia ingin berbaik. Fahmi menghela nafas panjang. Sampai bila mereka akan begini? Afya terus mendingin tanpa cuba untuk berbaik semula. Dia sudah terlalu rindukan Afya yang dulu. Yang selalu cuba untuk menarik perhatiannya, yang selalu menemani dia menyiapkan tugasan di library, yang selalu merenung dia setiap kali dia makan dan banyak ...