Bab 8
"MAIRA belum bangun lagi ke?" soal Puan Kartina yang sedang mencicip teh panas itu.
"Mungkin sedang bersiap, puan," ujar Mak Som sambil menghidang roti bakar bersama mentega di atas meja. Puan Kartina memandang jam di pergelangan tangan.
"Tapi, dah lewat ni," keluhnya mula bimbang. Tidak mahu membuang masa, dia terus bangkit dari duduknya. "Tak apa lah. Saya naik atas dulu tengok Maira."
Mak Som hanya mengangguk kecil lalu berlalu ke bahagian dapur basah. Sementara Puan Kartina pula terus naik ke tingkat atas.
"Maira..." Puan Kartina membuka pintu dengan perlahan lalu menjenguk kepala ke dalam. Terlihat Umaira masih lagi berbaring di atas katil dengan tubuh ditutupi selimut.
"Astarghfirullah Al' Azim..." Puan Kartina terus menggeleng. Kaki diatur masuk ke dalam bilik.
"Ibu ingat kan Maira tengah bersiap. Rupanya, belum bangun lagi." Puan Kartina mula membebel dengan kedua tangan mencekak pinggang. Umaira menarik selimut menutupi wajahnya.
"Bangun!" Puan Kartina terus menarik selimut itu dengan sedikit kasar. Mulut Umaira terus memuncung sedepa, tanda protes.
"Seminar tu start pukul lapan setengah. Ni dah pukul tujuh setengah. Nanti, Maira lewat masuk. Maira kalau nak bersiap bukannya sekejap. Sejam pun belum tentu siap lagi," bebel Puan Kartina lagi.
Umaira sengaja melambatkan waktu dengan liat dari membangunkan diri. Belakang kepala digaru malas dengan rambutnya yang kusut serabai.
"Boleh tak, Maira tak pergi ke seminar tu? Maira masuk kerja je lah, ibu. Fiqa kata, banyak document yang perlu Maira semak dan sign," rengek Maira cuba memujuk si ibu. Dua hari ini, dia sudah cuba memujuk Puan Kartina dengan memberi pelbagai alasan namun tetap juga gagal mencairkan hati sang ibu.
"No! A big no! Maira kena pergi juga. Ibu boleh semak semua document tu. Jangan nak buat perangai dan bagi banyak alasan! Ibu dah daftar dan bayar, tiba-tiba tak nak datang pula. Nanti, apa kata Tuan Syed? Dah! Pergi mandi!" arah Puan Kartina tegas lalu menguak seluruh selimut itu dari tubuh Umaira.
Panjang keluhan terlepas dari mulut Umaira. Mahu tidak mahu, dia terpaksa jua akur. Punggung terus diangkat.
****
UMAIRA menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Cuba menenangkan detak jantung yang berdegup laju tanpa sebab itu, sebelum pintu bilik conference diketuk dan dikuak perlahan. Terlihat beberapa orang yang berada di dalam bilik itu menoleh memandang ke arahnya. Sempat dia meliar anak mata memandang sekeliling ruang itu.
Fuh selamat! Mujur Syed Redza belum datang. Terasa lega hati apabila sosok lelaki itu tiada disitu.
Umaira tersenyum kekok lalu melangkah masuk. "Morning..."
"Morning," sapa mereka kembali sambil membalas senyuman.
Umaira terus mengatur langkah menuju ke meja yang belum di duduki. Dia memilih barisan meja yang ke lima dari sepuluh barisan. Komputer riba terus dikeluarkan dari beg lalu diletakkan di atas meja.
Tidak lama, pintu dikuak dari luar. Pantas Umaira dan yang lain memandang ke arah itu. Terpegun Umaira sejenak apabila memandang Syed Redza melangkah masuk ke dalam dengan segaknya bersama dengan beberapa fail di tangan. Lelaki itu bernampilan kemas dan ringkas dengan memakai kemeja putih bersama dengan kot hitam tanpa tali leher. Sementara rambutnya disikat rapi. Wajahnya juga tampak bersih dan segar.
"Handsomenya..." Terdengar jelas suara bisikan perempuan yang duduk di hadapan. Umaira yang tadinya cuba menyorok wajah, terus mencebik nipis.
Ye lah tu, handsome lah sangat. Perli Umaira sebal di dalam hati.
"Morning everyone," sapa Syed Redza bersahaja sebagai pembuka bicara sambil tersenyum nipis namun cukup memikat hati terutama wanita-wanita yang berada di bilik conference itu.
"Morning Tuan Syed," sambut mereka semua kecuali Umaira yang berpura-pura sedang menggaru-garu dahi.
Tolong lah. Jangan pandang sini. Mohon Umaira di dalam hati. Syed Redza yang berdiri di tepi meja mula meliarkan anak mata seolah sedang mencari seseorang.
Zap!
Mata Syed Redza bertembung tepat dengan mata Umaira buat beberapa saat.
Sh*t! Sh*t! Sh*t! Umaira jadi gelabah teruk. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain, cuba untuk kekal kelihatan tenang. Hangat membahang kedua belah pipinya disaat ini apabila dia sempat melihat lelaki itu tersenyum nipis padanya.
Ish! Boleh pula dia senyum. Umaira mengetap bibir menahan malu.
"Okay everyone... Before we begin, let me introduce myself first. I'm, Syed Redza Syed Lukman. Founder and president of SR. Investment Co, CFO of Rose Golden Sdn Bhd and also Financial advisor and consultant," ucap Syed Redza memperkenalkan dirinya. Sesekali lelaki itu melirik ke arah Umaira yang berpura-pura menatap skrin komputer riba itu.
"So, our topic for today's are financial planning and management. Tapi, sebelum kita bercakap mengenainya, kita berbalik dulu pada yang asas. Apa itu pengurusan kewangan?" soal Syed Redza, memulakan seminarnya.
Umaira memandang jam yang tergantung di dinding ruang itu. Baru pukul 9.15 minit pagi. Aduh... lama lagi lah nak hadap dia ni. Keluhnya di dalam hati.
"Pengurusan kewangan adalah mengurus serta merancang sumber dan penggunaan. Everyone knows that. Am I right, Miss Umaira?"
Umaira yang sibuk melayan perasaan sendiri terus tersentak. Terkebil-kebil matanya memandang Syed Redza yang tersenyum nipis bersandar di tepi meja sambil berpeluk tubuh itu.
Sejenak Umaira terpinga-pinga sebelum dia termalu sendiri apabila mereka yang berada disitu juga turut sama tersenyum memandangnya.
"Allright... Be focus everyone." Syed Redza mengangkat punggung dari bersandar lalu mula berjalan selangkah demi selangkah sambil kedua tangan menyeluk ke dalam poket seluar menuju ke hadapan.
Jantung Umaira mula berdebar kuat mengikut setiap langkah kaki lelaki itu yang semakin menghampirinya.
Tolong lah. Jangan datang dekat aku. Kalau kau nak malukan aku lagi lepas ni, sumpah! Aku keluar dari sini! Gerutu Umaira di dalam hati, mula tidak senang duduk. Jari-jemari mula bermain-main di atas papan kekunci komputer ribanya secara rawak.
"Pengurusan kewangan syarikat terbahagi kepada banyak bahagian. Satu, pengurusan kewangan. Dua, pengurusan pengeluaran. Tiga, pengurusan pemasaran. Empat, pengurusan kakitangan dan sumber manusia..." Syed Redza terus melintasi Umaira.
Umaira tidak berani untuk menoleh ke belakang, kerana dia dapat merasakan Syed Redza berdiri di belakangnya. Suara lelaki itu terlalu dekat dengannya, tambahan lagi bau maskulin yang semerbak menusuk ke rongga hidung.
"Lima, pengurusan am dan enam, pengurusan lain-lain."
Umaira tersentak apabila Syed Redza tiba-tiba mengetuk mejanya lalu mengatur langkah menuju ke hadapan kembali. Umaira mengetap bibir menahan geram. Dia tahu, lelaki itu memang sengaja ingin mengenakan nya.
"Apa komponen pengurusan kewangan? Satu, merancang keperluan. Dua, merancang dan mengenal sumber. Tiga, mengawal. Empat, mengurus dan kelima adalah menganalisis prestasi. Ini adalah pengetahuan basic. Saya pasti, anda semua tahu dan belajar tentang ni di kolej ataupun universiti. Saya cuma ingin warming up dulu ye untuk kita fokus pada topic sebenar kita pada hari ini," ujar Syed Redza yang kini berdiri di meja depan lalu mula menyelak beberapa fail. Projector terus dinyalakan.
Sepanjang seminar itu berlangsung, Umaira cuba untuk fokus, meskipun susah! Setiap pergerakan lelaki itu terlalu menarik perhatian nya. Dari gaya dia bercakap, memusing tubuh ke kiri dan ke kanan. Berjalan dari satu arah ke satu arah. Sesekali lelaki itu mengusap dagu apabila mendengar pendapat dari orang-orang yang menghadiri seminar itu. Dan kerana itu juga, beberapa kali mata mereka berdua bertembung. Serta setiap kali itu juga, Umaira cepat-cepat melarikan pandangan. Hati cuba menghalang diri dari terus merenung lelaki itu tetapi mata terus-menerus mengkhianati sehingga akhirnya apa yang dipelajarinya pada hari itu langsung tidak masuk ke dalam otak. Dia gagal total!
****
UMAIRA duduk di atas kerusi kayu di luar bilik conference itu. Jam di tangan beberapa kali dikerling. Hari ini, dia meminta untuk Pak Mail menghantar dan mengambilnya memandangkan kakinya masih belum sembuh sepenuhnya. Susah untuknya memandu dan menekan pedal kereta.
"Belum balik lagi ke?" tegur seseorang. Umaira pantas mendongak. Terkedu sejenak apabila melihat Syed Redza berdiri di sebelahnya dengan sebelah tangan menyeluk saku seluar.
"Belum. Tunggu Pak Mail ambil," jawab Umaira selamba.
"Kaki awak belum sembuh lagi?"
Umaira hanya mengangguk kecil.
"You look more cute wearing sneaker." Tiba-tiba sahaja Syed Redza memuji dirinya. Umaira sedikit tercengang lalu menunduk melihat kakinya yang tersarung elok dengan sneaker Dior putih itu. Hari ini, dia memilih untuk bernampilan ringkas sahaja memandangkan tadi pagi dia kelam-kabut untuk bersiap. Dia memakai baju hitam berlengan panjang bersama dengan skinny jeans biru.
"Jom, saya hantar awak balik," ajak Syed Redza tiba-tiba.
"It's okay. Pak Mail dah on the way," tolak Umaira segan dan merasa kurang selesa.
"Saya tengok awak duduk dekat sini hampir setengah jam. Orang semua dah balik. Tinggal awak seorang je dekat sini. Pak Mail sekarang dekat mana?" soal Syed Redza.
Umaira terus menoleh ke kiri dan ke kanan. Kosong dan sunyi. "Tadi Pak Mail kata, dia hantar ibu saya ke Shah Alam dulu. Ada urgent meeting," ujarnya.
"Bila?"
"15 minutes ago."
Terangkat sedikit kening Syed Redza. Kemudian, dia melirik jam Patek Philippe yang melilit di tangan kanannya itu.
"Let's go. Saya hantarkan," ajaknya sekali lagi lalu mengatur langkah. Umaira pula, jadi terpinga-pinga dibuatnya.
"Ta... tapi..."
Syed Redza berhenti lalu berpaling ke belakang. "Kalau awak nak tunggu sini sampai pukul 2 petang, then you stay."
Umaira terus jadi serba salah. Dia mengerling jam di tangannya. Sekarang baru pukul 1. 15 minit petang. Kalau minta Syafiqa menjemputnya, sudah agak terlewat. Kerana jarak dari pejabat menuju ke tempat seminar itu memakan masa 30-35 minit untuk sampai.
"Shall we?" pelawa Syed Redza lagi.
Akhirnya, Umaira tiada pilihan. "Okay..."
****
UMAIRA melabuh punggung di dalam kereta Bentley itu. Tali pinggang keselamatan ditarik sambil meliar anak mata memandang sekeliling. Walaupun dia merasa kekok duduk bersebelahan dengan Syed Redza, tetapi dia juga merasa kagum dengan kebersihan di dalam kereta itu. Nampak bersih dan berbau maskulin. Jelas lelaki disebelahnya itu mementingkan kebersihan dan bercitarasa tinggi.
"Kita pergi lunch dulu sebelum saya hantar awak balik," ujar Syed Redza lalu menghidupkan enjin kereta.
Umaira yang baru selesai memasang tali pinggang keselamatan, terus mengangkat wajah. Belum pun sempat dia membuka mulut, Syed Redza terlebih dahulu memintas dengan mendekatkan wajahnya.
"Saya lapar," katanya sambil memandang tepat ke dalam mata Umaira yang membulat sempurna itu.
"Err... okay." Umaira yang sedikit terpempan dengan kelakuan Syed Redza itu, dengan segera menjarakkan wajahnya.
Sepanjang perjalanan, mereka berdua membisu. Hanya suara DJ dari corong radio menemani mereka berdua. Syed Redza fokus dengan pemanduan. Sementara Umaira terus memandang ke hadapan, namun banyak kali juga matanya mencuri pandang lelaki disebelahnya itu. Entah, apakah yang menarik sangat tentang lelaki itu, sedangkan lelaki itu sudah berusia. Hendak dikatakan memiliki wajah yang tampan serta kaya, ramai lagi lelaki yang lebih tampan dan kaya, malah lebih muda. Ah! Sudah lah. Dia malas mahu fikir.
****
SYED Redza mendahului berjalan di hadapan. Sementara Umaira pula, hanya mengekori dari belakang sambil memandang bahu lebar lelaki itu. Sedang asyik memandang tubuh belakang Syed Redza, tidak semena langkah kakinya terasa menyangkut.
"Aargh!" Umaira hampir terjatuh namun dengan pantas Syed Redza berpaling lalu menangkap kedua lengan Umaira. Wajah Umaira hampir tersembam di dada lelaki itu.
"Sorry..." ucap Umaira terasa segan. Dengan cepat-cepat dia berdiri tegak lalu mendongak sedikit memandang Syed Redza yang turut sama memandangnya.
"Kenapa ni?" soal Syed Redza dengan tangan masih lagi memegang lengan Umaira. Umaira terus menunduk ke bawah. Begitu juga Syed Redza. Terlihat ikatan tali kasut Umaira sudah terlerai.
"Tali kasut saya..." Belum pun sempat Umaira melutut, Syed Redza sudah terlebih awal bertinggung di depan Umaira.
Terbuntang mata Umaira dibuatnya. "Pak.. pak cik! Eh! Tuan Syed!"
Umaira jadi gelabah. Dia cuba mengelak dengan menarik kaki kanan nya itu ke belakang, namun Syed Redza dengan selamba menarik pergelangan kakinya kembali sehingga dia hampir hilang keseimbangan tubuh. Dengan spontan, dia terus memegang bahu Syed Redza.
"Tuan Syed! Bangun lah. Orang tengok tu. Biar saya je ikat tali kasut saya sendiri,” ujar Umaira sambil meliar anak mata memandang ke kiri kanan. Terlihat ada beberapa orang memandang ke arah mereka sambil tersenyum. Naik membahang kedua belah pipinya.
"Tuan..." panggil Umaira naik geram apabila dengan selamba Syed Redza mengikat tali kasutnya. Oh my god! Umaira mengemam bibir menahan malu.
"Okay, dah,” ujar Syed Redza lalu berdiri.
"Thank you.." ucap Umaira serba salah. Syed Redza hanya mengangkat kening lalu mula mengatur langkah. Umaira yang baru melangkah setapak, terus berhenti mendadak apabila buku lali kakinya terasa nyeri tiba-tiba. Ini mungkin kerana dia hampir terpelicuk tadi. Keningnya terus berkerut menahan sakit.
"Kenapa? Kaki awak sakit lagi?" tanya Syed Redza. Lengan Umaira terus dipegang lembut.
Umaira mengangguk nipis. "Sikit."
Mendengar jawapan itu, Syed Redza terus sahaja menggenggam tangan Umaira seperti memimpin tangan orang tua yang sulit untuk berjalan. Jari-jemari mereka berdua bertaut erat sambil mula mengatur langkah.
"Walk slowly,” ujar Syed Redza. Umaira hanya mengangguk.
Mereka pun masuk ke dalam sebuah restoran mewah dengan langkah perlahan. Tiba sahaja di meja makan, Syed Redza menarik kerusi untuk Umaira. Disaat itu lah, Umaira baru tersedar bahawa mereka berdua berpegang tangan sejak dari tadi! Sedikit buntang mata, lalu dengan cepat dia meleraikan genggaman tangan lelaki itu. Namun, Syed Redza kelihatan tenang sahaja. Umaira terus melabuh punggung di atas kerusi.
****
SETELAH pelayan mengambil pesanan mereka berdua, Syed Redza terus berpeluk tubuh sambil merenung tepat ke wajah Umaira.
"Saya tak sangka awak ni, anak arwah Tuan Johari,” ujar Syed Redza membuka cerita.
"Ye. Saya pun tak sangka, tuan ni anak arwah uncle Syed Lukman,” kata Umaira.
"Awak tak pernah tengok saya sebelum ni ke?" soal Syed Redza dengan renungan yang tak lepas sedari tadi.
"Tak pernah,” jawab Umaira.
"Puan Kartina tak pernah cerita dekat awak?" soal Syed Redza lagi.
"Tak. Not until that gala night."
Syed Redza hanya tersenyum nipis.
"Can I ask you?" Kali ini giliran Umaira pula bertanya. Syed Redza hanya mengangkat kening.
"Umur tuan berapa? Sebab hari tu, tuan tak suruh saya panggil pak cik,” ujar Umaira tanpa berkias. Serta-merta air muka Syed Redza berubah. Melihat akan itu, Umaira jadi serba salah.
"Sorry..."
"I'm 44." jawab Syed Redza sedikit dingin.
Ternganga mulut Umaira. 44 tahun? Kalau begitu, lelaki ini pasti sudah kahwin. Aduh… Aku keluar dengan suami orang ke ni? Mampus lah…
Syed Redza terus berdehem apabila melihat wajah Umaira yang sangat jelas tercengang.
"Oh, sorry. Jadi, tuan ni dah kahwin?" tanya Umaira.
"Belum."
Sekali lagi Umaira tercengang. Belum kahwin?! Umur 44 tahun, belum kahwin? Apa masalah dia? Bujang tak laku ke? Ataupun… dia gay?
"Saya bukan gay. It's just… jodoh belum sampai,” ujar Syed Redza seolah dapat meneka apa yang bermain dalam fikiran Umaira di saat ini.
Umaira terus berdehem."Saya tak kata pun tuan, gay."
Syed Redza terus menjongket sebelah kening. "Saya tak kata pun, awak kata saya gay."
Gulp! Pulang paku buas keras. Kena setempek! Umaira terus berdehem cuba berlagak selamba dengan meliar anak mata memandang ke arah lain. Namun disaat itu lah, dia terpaku. Jantungnya bagai direntap. Matanya langsung tak berkedip memandang ke arah meja yang paling hujung di arah bertentangan. Kedua tangannya yang berada dibawah meja terus menggenggam buku lima sehingga menggigil. Melihat kemesraan pasangan itu membuat hatinya bagai disiat-siat. Pedih dan luluh!
Abang... Siapa perempuan tu pada abang? Kenapa nampak mesra sangat? Abang dah ada pengganti ke? Umaira hanya mampu merintih di dalam hati.
Syed Redza yang menyedari akan perubahan wajah Umaira, terus menoleh ke belakang. Dia melihat Zakuan dengan seorang wanita yang sama ketika menghadiri di majlis gala night sebelum ini, sedang makan berduaan di dalam restoran yang sama. What a coincidence...
Share this novel