Bab 13

Romance Series 1216323

Bab 13

"KENAPA serius sangat je muka tu?" tegur Puan Kartina lalu melabuh punggung di atas kerusi di gazebo itu.

Umaira terus menghela nafas pendek. Telefon bimbitnya yang bergetar sejak dari tadi lagi, tidak dihiraukan langsung. "Ibu memang sengajakan nak kenakan Maira?" soalnya lalu menyilang kedua tangan memeluk tubuh.

Tersenyum Puan Kartina. "Kenapa? Maira dah ambil sijil tu ke? Tuan Syed dah bagi?"

"Disebabkan sijil tu lah, Maira terpaksa keluar dengan Tuan Syed tengah hari tadi. Kalau tak, dia tak nak bagi," cebik Umaira sebal. Dalam fikirannya sudah sarat dengan wajah Syed Redza sedang tersenyum mengejeknya.

Kening Puan Kartina sedikit terangkat. "Keluar?"

"Ye. Dia ajak pergi lunch. Ibu jangan pura-pura tak tahu eh. Tu, idea ibu juga kan?" teka Umaira mula curiga, sambil mengecilkan mata. Entah lah, sejak kemunculan Syed Redza, ibunya itu selalu membuat sesuatu perkara yang melibatkan dirinya tanpa berbincang terlebih dahulu.

"No. Itu bukan idea ibu. Ibu cuma minta Tuan Syed tahan certificate Maira je sampai Maira sendiri pergi ambil dekat dia," ujar Puan Kartina sambil tersenyum.

Umaira terus mencebik. "Kenapa ibu buat Maira macam tu? Ibu tahu tak, disebabkan Maira keluar lunch berdua dengan Tuan Syed, bakal isteri dia cari gaduh dengan Maira. Siap tuduh Maira ni kacau bakal suami dia," cerita Umaira tentang pergaduhan tengah hari tadi. Sakit hatinya bila mengingatkan kembali kata-kata hinaan Irina terhadapnya.

Membulat mata Puan Kartina. "Bakal isteri?"

"Ye. Bakal isteri Tuan Syed, Irina. Top International Model tu," jawab Umaira mula naik meluat bila terbayangkan wajah sombong wanita itu.

"Oh Irina, anak Datin Khatijah. Puan Sharifah ada cerita dekat ibu. Memang Irina tu pilihan dia tapi Tuan Syed tak berkenan. Bukan Irina seorang je, tapi ada je lagi pilihan Puan Sharifah yang lain untuk anak teruna dia tu, tapi Tuan Syed tak ada tunjuk minat langsung. Tu lah sampai sekarang masih membujang," cerita Puan Kartina.

"Oww... Entah-entah Tuan Syed tu gay. Tu lah tak minat langsung dengan mana-mana perempuan," ucap Umaira selamba.

"Astarghfirullah Al Azim, Maira! Tak baik cakap macam tu, nanti jatuh fitnah. Kan berdosa besar tu," tegur Puan Kartina.

Umaira terus mencebik dan menjulingkan anak mata keatas. "Ye lah, yelah."

"Dah lah, ibu nak masuk tidur dulu. Dah lewat dah ni. Maira pun jangan lewat tidur tau," ujar Puan Kartina lalu bangun berdiri. Bahu Umaira ditepuk lembut sebelum Umaira mencium tangannya.

"Okay, ibu. Goodnight," ucap Umaira sambil tersenyum nipis.

"Goodnight." Puan Kartina melangkah masuk ke dalam rumah.

Umaira mengeluh apabila telefon bimbitnya kembali bergetar. Dengan malas dia mengambil telefon bimbit yang berada di sisi pahanya itu.

"Hello," jawabnya dengan wajah sebal.

"Hello," sahut dihujung talian.

Umaira terpana seketika mendengar suara barithon itu. Wow... Seksinya suara. Ini pertama kali dia mendengar suara lelaki itu melalui panggilan telefon.

"Kenapa call saya malam-malam ni?" soal Umaira selamba.

"Saya nak tahu. Awak masih marah saya ke?" soal Syed Redza.

Umaira terus mengerut kening. "Itu je? Kenapa tuan nak tahu? Penting sangat ke, kalau saya marah ke tak?" soalnya. Beria nak tahu, dah kenapa?

"Ye, penting bagi saya. So, awak masih marah saya ke pasal kejadian tengah hari tadi?" soal Syed Redza.

"Tak."

"No, you're lying."

"Tak. Kalau saya kata tak, tak lah," ujar Umaira naik sebal.

"Okay, kalau awak tak marah, saya nak tengok awak sekarang," pinta Syed Redza.

"Hah! Maksud tuan apa? Buat apa nak tengok saya?" soal Umaira dengan kening berkerut seribu.

"Saya nak video call kejap lagi."

Terbuntang mata Umaira. "Hah? Buat apa nak video call?"

Tut... tut... tut... Panggilan terus diputuskan.

"What?" Umaira terus memandang skrin telefonnya. "Dia end call macam tu je? No manners at all," degusnya sambil menggeleng kepala.

Selang beberapa minit, telefon kembali bergetar. Umaira terus mencebik. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga menjawab.

"Maira..." panggil Syed Redza lembut, namun Umaira malah diam membisu.

Terdengar satu keluhan halus meniti di corong talian. "Saya nak tengok awak, bukan nak tengok langit. Kalau saya nak tengok langit, saya tak perlu video call awak. Dekat sini pun, saya boleh tengok langit," ujar Syed Redza.

Umaira memutar bebola mata. Sebal sungguh! Skrin telefon bimbit yang sedang menghala ke atas langit itu terus dihala ke wajahnya sendiri.

"Kenapa muka masam je tu? Betul ke tak marah lagi?" soal Syed Redza.

"Suka hati lah! Muka saya, bukan muka tuan. Yang sibuk nak video call saya ni, dah kenapa? Dah lah tak nak bagi sijil. Menipu je kerja dia," selar Umaira tanpa berkias-kias. Dia langsung tidak mahu memandang ke arah skrin telefon bimbitnya itu.

"Dah awak yang marah saya sepanjang lunch tadi sampai lah saya hantar awak balik. Macam mana nak bagi?" soal Syed Redza.

"Alasan je tu. Sebenarnya, tuan memang sengaja tak nak bagi kan?" soal Umaira.

"Maira, kalau bercakap tu pandang sini. Bukan pandang tempat lain," tegur Syed Redza.

Umaira terus mengetap bibir menahan geram. Dia pantas menoleh memandang skrin.

Degh! Umaira terkedu apabila memandang wajah Syed Redza yang sedang meraup rambut ke belakang itu.

"Tuan kenapa macam nampak basah tu? Tuan buat apa?" soal Umaira lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak sedar, Puan Kartina yang baru sahaja keluar dari dapur itu sedang memerhatinya yang mula mendaki anak tangga itu.

"Saya baru habis mandi," jawab Syed Redza.

"Lewat malam baru nak mandi? Tuan buat apa?" soal Umaira lalu memulas tombol pintu bilik kerjanya. Kaki melangkah masuk ke dalam lalu melabuh punggung di atas kerusi.

"Saya baru habis jogging tadi," kata Syed Redza.

"Jogging dekat luar? Malam-malam? Kan bahaya tu jogging sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa, pengsan ke, tak ada siapa yang tahu," ujar Umaira tanpa sedar menunjukkan dirinya risau.

"Saya tak jogging sorang-sorang, dear," jawab Syed Redza sambil tersenyum nipis.

"Habis tu, tuan jogging dengan siapa? Dengan Irina?" Umaira terkedu sendiri apabila tersedar akan keterlanjuran katanya. Dia terus mengemam bibir. Naik membahang kedua belah pipinya apabila memandang Syed Redza tersenyum nakal. Mulut kau kan, Maira. Eee! Umaira mula mengutuk diri sendiri. Rasa hati ingin sahaja menampar mulut sendiri. Celupar sangat!

"Saya jogging dengan kawan saya. Le... la... ki." Sengaja Syed Redza menyebut satu-persatu perkataan lelaki itu.

Semakin hangat seluruh wajah Umaira tika ini. Dia tahu, lelaki itu sedang mengusiknya. Umaira berdehem cuba menepis rasa malunya itu.

"Bila tuan nak bagi sijil saya?" soal Umaira cuba mengubah topik.

"Lusa."

"Kenapa tak esok?"

"Esok saya busy," jawab Syed Redza.

Umaira terus mengerut kening. Dia curiga dengan jawapan lelaki itu. Eleh! Mana boleh percaya sangat dia ni!

"Betul ke, busy? Atau tuan memang nak mengelak dari serahkan sijil tu?" teka Umaira dengan menjongket kening tinggi.

"Betul. Saya busy esok kena attend meeting penting dekat Singapore. Lusa baru saya balik sini," ujar Syed Redza cuba meyakinkan Umaira.

"Okay fine. Dah lah. Dah tengok saya kan? Saya nak tidur. Dah lewat dah ni,” ujar Umaira setelah berpuas hati dengan alasan yang diberikan.

"Okay. Goodnight,” ucap Syed Redza sambil mengatur langkah menuju ke katil. Dia melabuh punggung, duduk bersandar di kepala katil.

"Tutup lah,” ucap Syed Redza apabila Umaira masih lagi memandangnya tanpa berkata apa-apa.

"Kenapa saya yang kena tutup? Tuan yang call, tuan lah dulu tutup,” ujar Umaira memberi alasan. Hakikatnya, dia sendiri yang teragak-agak mahu menamatkan panggilan itu.

"Betul?" soal Syed Redza dengan mengangkat kedua kening.

"Betul."

"Okay. Goodnight, bye,” ucap Syed Redza sambil tersenyum nipis. Tidak sampai sesaat, talian terus diputuskan.

Satu keluhan dilepaskan. Umaira meletakkan telefon bimbit di atas meja. Setelah itu, dia memejamkan mata sambil menyandar penuh di dada kerusi. Entah mengapa, dia merasa sesuatu yang aneh melanda di dalam hatinya tika ini. Dia merasa sunyi tiba-tiba.

"Abang..." Wajah Zakuan mula menjelma dan menghiasi benak fikiran. Rindu, sudah semestinya. Memorinya bersama Zakuan kembali berputar di minda. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Pantas dia membuka mata lalu meraih kembali telefon bimbitnya. Ibu jarinya mula menari-nari di atas skrin. Tidak lama bibirnya mengukir senyum sinis.

"Interesting..." gumamnya. Dia pantas menghubungi seseorang.

"Hello Luis."

"Yes, Miss..."

"Aku ada kerja untuk kau. Aku nak kau cari maklumat tentang seseorang,” ujar Umaira serius sambil membuka komputer ribanya.

"Apa dia?"

"I just sent an email to you. Did you receive it?" tanya Umaira.

"Yes, Miss."

"Okay, good. You know what to do. Aku nak maklumat tu ada di atas meja aku esok. And make sure, no one knows about this,” arah Umaira sedikit tegas.

"Okay, Miss." Talian terus diputuskan. Umaira kembali menatap skrin telefon bimbitnya itu. Senyum sinis kembali mengukir di bibir. Tak sangka kau kan... Tsk! Tsk! Tsk! Umaira menggeleng kepala.

****

UMAIRA melangkah masuk ke dalam hotel lima bintang itu dengan penuh bergaya sambil ditemani oleh Luis yang membuntuti dari arah belakang. Sesekali dia membetulkan pelitup mukanya. Hari ini, dia akan menemui seorang lagi calon cina buta yang ke-7. Dari kejauhan lagi, Umaira melihat seorang lelaki muda berpakaian suit hitam yang lengkap, berdiri tegap di depan pintu salah satu ruang makan VVIP itu.

Setiba sahaja di depan pintu itu, lelaki itu terus menahan Umaira dari masuk.

"Sorry. Cik tak boleh masuk. Cik ni siapa?" soal lelaki itu.

"I ada temujanji dengan your boss,” ujar Umaira tanpa membuka pelitup mukanya.

"Are you, Miss Laura?"

"Yes, I am,” jawab Umaira.

"Oh, sorry." Lelaki itu menunduk nipis lalu membukakan pintu untuk Umaira.

"Silakan,” pelawa lelaki itu. Umaira terus menoleh ke belakang.

"Luis, you stay here, okay,” ujar Umaira.

Luis hanya mengangguk faham.

Umaira pun terus melangkah masuk ke dalam. Setelah itu, pintu ditutup rapat.

Umaira tersenyum sinis di balik pelitup mukanya. Terlihat seorang lelaki yang segak bergaya dengan sepersalinan suit biru gelap sedang berdiri menghadap dinding kaca. Lelaki itu langsung tidak menyedari akan kehadirannya.

“Ehem!” Umaira sengaja berdehem kecil. Lelaki itu pantas menoleh. Jelas lelaki itu terkejut. Turun naik bebola matanya memandang Umaira dari atas bawah.

Umaira melangkah perlahan menghampiri lelaki itu. Kini jarak mereka berdua begitu dekat sehingga bau minyak wangi lelaki itu menusuk kerongga hidung Umaira. Bergerak-gerak mata lelaki itu menatap wajahnya.

"Miss Laura...?" sapa lelaki itu teragak-agak.

Umaira tersengih sinis. Nampaknya lelaki itu tidak dapat mengecam dirinya. Tetapi cara lelaki itu menatap tubuhnya, terlalu tajam sehingga Umaira merasa sedikit kurang selesa.

Umaira perlahan membuka kacamata hitam dan pelitup mukanya. Lelaki itu terus terpempan dengan kedua kening terangkat.

"Hello, Tuan Syed. Nice to meet you…” sapa Umaira sinis.

Syed Redza tergamam dengan mata terkebil-kebil. "Err... Maira, what are you doing here?" soalnya dengan riak wajah bimbang yang tidak dapat disembunyikan lagi.

"Saya ada ‘meeting penting’ dengan bakal suami saya dekat sini,” perli Umaira selamba sambil tersenyum manis.

Sekali lagi Syed Redza terpempan. “So… Sorry, what?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience