Bab 9

Romance Series 10386

Abah kenapa ni?tanyaku apabila adikku yang dari hujung kaki hingga hujung kepala mengerumuni abahku.

Ya Allah!Abah.Macam tulah keadaan abah.Blood preasure tinggi ujar adikku yang kedua itu.Abah strok?Ye.Astagfirullahalazim.Kenapa semua tak bagitahu aku!Marahku.Berang kerana tiada siapa mengkhabarkan berita itu kepada aku.Aku nak bagitahu,tapu abah tak nak kau risau.Dia kesian kat kau.Ya Allah abah!Tangisku hampir selebat sungai yang terbentang kepadaku.Ya kami berbicara di situ kerana bimbang abah akan terasa.

Aku membonceng motor yang dibawa adikku itu dengan perasaan sebak.Kasihan abah ku itu.

Alo...Along..susah payah abah hendak menyebut namaku.Ya abah.Aku menahan air mata yang hampir jatuh,tidak mahu abah melihat kesedihanku itu.Aku mengucup pipi dan tangan abah dengan lembut.Ab...abah..nak alo..alongg kahwin dengan Aiman.Seperti memahami aku tidak faham apa yang abah cuba tuturkan.Abah nak kau kahwin dengan Aiman.Tapi...along tak sedia lagi abah.Aku tidak sampai hati melihat mata abah yang berkaca-kaca.Memang lelaki itu cinta pertamaku dan kerana dialah aku menjadi dingin dan keras hati begitu.Dan gayaku juga berubah 100%.Dari seorang yang lembut menjadi kasar dan brutal.

Tidak sampai hati untuk menghampakan permintaan abahku yang begitu mengharapkan aku.Aku menganggukan kepala dengan perasaaan yang rela.Separuh hatiku menjerit tidak mahu...malah separuh lagi berasa kasihan dengan abahku yang begitu mengharapkan aku berkahwin dengan lelaki itu.Mungkin itu yang terbaik untukku.Walaupun aku berasa hati aku seperti dimilikki sesorang.

Mungkin kali ini aku harus berkorban.Tidak seperti abahku yang terlalu banyak berkorban untuk kami berempat.

Hatiku merelakan apabila adikku yang ketiga sedang menyolek muka aku.Ingin aku lari dari semua belenggu ini.Namun apa kudrat ku untuk menolak.Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku seperti sedang bergelut hebat dengan perasaan sendiri.Hatiku memberontak!Jiwaku terseksa.Hinggakan saat aku selamat bergelar tunang orang aku masih ragu-ragu dengan semua ini.Seperti baru bangun dari mimpi ngeri apabila melihat jari manisku sudah bertakhta cincin berlian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience