Aku rasa aku mesti ubah nasib keluarga tekad hatiku.Bukan aku tidak kesian melihat abahku yang sudah berusia itu kerja membanting tulang untuk membesarkan kami semua.Patutnya di kala usia abah itu,dia sepatutnya duduk relaks sahaja.Aku sebagai anak sulong yang sepatutnya menggalas tanggungjawab itu pula.
Aku menuju ke laman rumah sambil memegang kunci motosikal .
"Nak kemana tu?"Ujar Mak Piah.Beberapa ketul ubi keledak dipegangnya erat.Pasti ibunya baru pulang ke kebun.Allah kasihannya kedua ibu bapaku ini.Sekali lagi aku mengeluh.Sudah ditegah berkali-kali,kalau nak apa-apa beritahu aku.Tak payah susahkan diri.
"Nak ke rumah Ayu."
:Jangan balik lambat."Pesan Mak Piah lembut tetapi terselit ketegasan di sebalik wajah tua itu.Aku hanya mengangguk.
Aku menunggang motosikal EX-5 merah itu dengan minda yang membayangkan sesuatu.
Tanpa sedar, jalan ke rumah Ayu sudah terlepas beberapa meter dari sini.'Aduihh ini la akibat berangan' desis hati kecilku.
Aku mengeluarkan telefon Nokia yang layak masuk ke muzium itu lalu menghubungi sahabat karibku itu.Selepas beberapa minit ,aku berbual aku menamatkan perbualan.Bimbang juga kredit telefonku akan habis.Sudahlah duit simpanan aku pun sudah kering.
"Haa...ingatkan malam nanti baru datang"perlikku apabila waktu menginjak hampir waktu asar.
"Alah sorrylah Sarah.Aku makan sat."
"Fine.. "balasku malas.
"Ayu kau nak tak kalau kita kerja luar kawasan Taiping ni?"Kami berdua duduk berlunjur di atas batu yang berada di tengah sungai ini.Alah setakat seluar basah sikit..nanti naik motor keringlah kena angin.Aneh-aneh fikiran Aliana Maisarah ini.
"Boleh je..Tapi aku takut ayah aku tu garang mana boleh anak dara pergi ke sana ke mari tanpa perlindungan dan bla bla bla."Dia membuat mulut seperti muncung itik.
"Jom ikut aku!"Aku bersuara dengan nada girang.
"Ke mana?"Ujar Ayu.
"Kita pergi KL mana tau kita boleh ubah nasib kat sana."
"Ok deal."
"Balik pergi pujuk ayah kau.Aku pun sama
"balasku dengan nada mendatar.
Malam itu......
"Abah bolehlah along nak kerja kat sana.."pujukku lembut.
"Tapi along tu perempuan bahaya long nak kerja kat sana." Nasihat abahku lembut.
"Alah...long pergi sana dengan Ayu.Ayu ada rumah kat sana.Bolehlah Sarah tumpang."Pelbagai alasan diberi.Yang aku tahu,aku tetap nak bekerja.Titik!
"Hmm yelah.".Ujar Pak Yussuf setelah mengalah dengan pujukan anak sulungnya.
Share this novel