Bab 3

Romance Series 10386

"Kau betul ke nak pergi KL tu long?Angah bertanya.Kami semua umur hampir dekat-dekat.Aku dan angah hanya beza setahun.Jadi kami berdua lebih matang dan serasi.

"Yelah ngah aku nak pergi...boleh la aku support family kita.Kesian kat abah" balasku perlahan.Hiba terjentik di hatiku pula.

"Habis kau tak takut jadi apa-apa kat kau?"Tanya adikku lagi.Dia membaringkan tubuh di atas pangkin manakala aku lebih selesa bersandar pada dahan pokok mangga yang redup itu.

"Inshallah takde ape yang berlaku."Aku memegang bahunya lembut.

"Doakan aku ya ngah."Aku memandang anak matanya.

"Yalah long kalau itu keputusan kau kitaorang tak dapat nak halang."Angah memelukku.Erat.Hangat dalam dakapan seorang adik.

****

"Ayu jumpa kat Taman Tasik".Selesai menaip mesej aku menyimpan semula telefon di dalam kocek seluar.

"Pukul 5."
,,,

Aku dah lama sampai selepas solat asar aku sudah terjegat menanti sahabatku itu.

"Macam mana Ayu?"Aku sudah teruja.Rasa nak terjun tasik ooo.

"Ok je,mak aku kata boleh duduk je dekat rumah mak aku kat Cassa Idaman tu."Cadang Ayu.

"Ok terbaik lah Ayu.So bila nak pergi?"

"Kalau takde aral melintang Sabtu ni kita gerak la."

"Baiklah bos"ujarku.Sengal dan poyo gelagatku di petang itu.

Hari yang dinanti sudah tiba.

Aku merenung diriku melalui cermin.Hmm oklah penampilanku itu berkemeja kotak dan berseluar jean.Lengan kemeja kusingsing supaya lebih kemas.Aku menggalas beg berwarna hitam atau lebih tepat macam beg sekolah la.

Aku bersalaman di muka pintu dengan ibu bapaku serta adik-adikku.Amani sudah lencun dengan air mata.Dasar cengeng!balasku lantas dia ketawa perlahan sambil mengelap air mata di pipi mulusnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience