BAB 3

Romance Completed 641

Malam itu, Nora mengenakan gaun malam berwarna putih yang dihadiahkan oleh Charles Fatt ketika mereka berbulan madu dahulu. Senyuman terukir di bibir merahnya. Nora membelek diri di hadapan cermin apabila terdengar loceng rumahnya berbunyi lagi. Dia memikirkan kemungkinan siapa tetamu yang datang. Semua pesanannya sudah diterima, tidak mungkin Charles Fatt menekan loceng rumahnya sendiri. Kini pintu rumahnya diketuk pula, Nora mendengar seperti tombol pintu cuba dibuka dari luar, dengan perlahan dia melangkah ke arah pintu utama. Nora membuka pintu.

“Lama tak jumpa…”

Nora tidak mampu berkata apa-apa sebaik melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.

William! Lelaki yang pernah menagih cintanya dahulu. Pandangan mata William penuh dengan dendam, wajahnya kelihatan bengis tanpa senyuman. Di tangan William ada sebilah pisau belati yang digenggam kemas. Dada Nora mula berombak deras lalu dia segera menutup pintu namun gagal. William sudah terlebih dahulu melompat masuk ke dalam rumah.

Nora cuba menyelamatkan diri, namun dia tersadung di pintu. William sudah terlebih dahulu menangkap pergelangan kakinya. Nora di heret ke tengah ruang tamu. Rambutnya disentap dengan kasar. Dengan sepenuh kekuatan yang ada Nora menendang William sehingga lelaki itu terjatuh. Nora segera mencapai telefon rumah menghubungi pejabat Charles Fatt. Belum sempat panggilannya dijawab, rambut Nora direntap lagi. Puas Nora merayu minta dilepaskan. Rayuan Nora hanya mengundang tawa William. Seluruh ruang rumah bergema dengan tawanya.

Tanpa belas kasihan, William mengelar tangan Nora yang meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tangisan Nora tidak diendahkan. Hatinya puas melihat wanita itu terseksa. William tidak mampu menerima hakikat apabila Nora menolak cintanya dahulu. Sekian lama dia menunggu tibanya hari ini dan impiannya menjadi kenyataan apabila terserempak dengan Nora di kedai bunga pada pagi tadi.

Nora menggenggam erat rantai pemberian suaminya. Darah yang membuak-buak keluar dari perutnya cuba ditahan tetapi dia tidak berdaya lagi. Badannya sudah terkulai lemah di atas permaidani di ruang tamu. Nora merenung gambar perkahwinanya yang tergantung megah di ruang tamu. Kelihatan Charles Fatt memeluk erat pinggangnya dan Nora kelihatan bahagia dalam pangkuan si suami. Nora menguntum senyuman sebelum menutup matanya perlahan. Dia berasa terlalu letih selepas puas meronta sejak tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience