BAB 2

Romance Completed 641

Tidak banyak perubahan di persekitaran kawasan kondominium 18 tingkat yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur itu. Suasananya tetap segar dan jauh dari hiruk pikuk kota raya. Nora tersenyum senang. Bagasi ditarik lalu tubuh langsingnya diloloskan dalam kotak lift. Punat bernombor 10 ditekan lalu lift bergerak naik ke destinasi.

Nora melangkah masuk ke dalam kondominium mewah milik suaminya dengan senyuman mekar di bibir. Sudah setahun dia meninggalkan rumah itu. Segalanya masih tidak berubah. Gambar kahwin mereka masih tergantung megah di ruang tamu. Nora melangkah masuk ke dalam bilik tidur utama. Alangkah terkejut apabila melihat ada gambar potretnya yang digantung kemas di kepala katil. Saiznya cukup besar memenuhi seluruh ruang dinding di kepala katil. Nora berasa sangat terharu. Suaminya penuh dengan kejutan.

Nora melirik pada jam di dinding, jarum pendek sudah menginjak pada angka 2 petang. Nora segera mencapai bagasinya lalu menyimpan pakaian-pakaian ke dalam almari. Selepas itu, beg kertas yang mengandungi barang-barang persiapan untuk kejutannya dicapai lalu dia mengamati ke sekeliling bilik. Nora segera melangkah ke pintu apabila mendengar loceng utama dibunyikan. Pasti barang-barang yang dipesannya tadi sudah sampai.

Setelah hampir dua jam melakukan persiapan, akhirnya Nora berpuas hati. Bilik tidurnya sudah berubah wajah. Katilnya yang bercadar putih sudah diserikan dengan warna merah bunga ros yang dipesannya tadi. Ruang tamu juga sudah dipenuhi dengan hiasan bunga-bunga mawar kesukaannya. Di atas meja dapur sudah terhidang beberapa lauk yang dimasaknya sebentar tadi. Nora memandang ke arah jam di dinding, dia mahu bersiap-siap menantikan kepulangan suaminya dari kerja tidak lama lagi. Malam ini malam yang istimewa buat mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience