Rate

1

Fanfiction Series 2302

Di tengah hiruk piruk bandar besar, kesibukan manusia melakukan bermacam-macam pekerjaan. Hari ini matahari sungguh ceria melahirkan cahaya nya. Langit kebiruan tidak kelihatan kerut awan.

Kedengaran bunyi kereta Saga memekik kawasan deretan bangunan kedai. Sekumpulan lelaki memasuki kedai runcit Ah Seng.

"seng, bos ad tak kat dalam"

" Ada khy, dia dalam"

Terus khy melangkah menuju ke satu bilik yang berada di sudut dalam kedai tersebut. Khy terus membuka pintu tersebut dan ada satu tangga yang menghubungkan ke bahagian atas. Khy bersama dua lagi teman menaiki tangga tersebut. Dibuka nya pintu tersebut, kelihatan Renggo berseorangan duduk di atas meja. Seakan menunggu ketibaan mereka.

" ada apa bos panggil kami"

Ujar khy pada renggo. Renggo merupakan ketua kongsi gelap Naga Satu.

" Esok kita samun satu kedai emas"

Renggo menjelaskan lagi menerusi satu plan yang dilukiskan pada papan tulis di belakangnya. 10 kedai tapi hanya 3 kedai yang baru dibuka. Kedai runcit, kedai emas dan butik pengantin. Di kiri kanan kedai emas tersebut masih belum dibuka dan kosong. Tempat itu masih baru dan belum ramai yang akan melalui jalan tersebut dan bangunan tersebut. Plan selepas rompakan juga telah diterangkan dengan melalui jalan belakang yang mampu keluar ke jalan besar lain.

"Cantik, esok ada habuan baru"

Khy merenung tajam melihat gambar dan video kedai emas. kedai yang bakal menjadi milik mereka. Meniliti setiap inci ruang kawasan. Sebarang kesilapan bakal menjadikan misi ini gagal.

" Tak dak Jaga ke, macam ni lagi mudah kerja kita."

Kata-kata ard kasin memecah khusyuk khy terhadap gambar tersebut.

" Aku suka dengan keadaan kedai ni. Tak Susah kerja kita nanti" Man tanjung balas

" aku tau jalan ini. Jalan keluar pun ok, jalan tak sesak,memang menjemput kita datang kedai ni."

khy dan renggo berpalingan sesama mereka. Senyuman terukir di wajah mereka. Mungkin esok hari yang paling dinanti mereka. Semua kelengkapan untuk persamunan ini sudah tersedia. menggunakan parang sebagai senjata utam dan sepucuk pistol sebagai alternatif jika memerlukan.Sebarang kesilapan pasti mengundang padah. Namun khy bukanlah baru dalam bidang ini. Dia antara terbaik untuk melakukan sebarang misi yang diinginkan Renggo. Bersama rakan-rakannya yang sudah acap kali melakukan nya.

Ard kasin dan man tanjung beredar dari bilik renggo. Hanya khy dan renggo sahaja. Mereka saja membiarkan dua individu berbicara secara peribadi.

"Aku berharap ini yang terakhir aku buat perkara ini. Aku dah tidak lalu nak buat semua benda ini."

Renggo mengerti perasaan khy. Renggo menghampiri khy. Terus berjabat tangan dengan khy.

" Baiklah, ini yang terakhir untuk naga satu ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience