Rate

5

Fanfiction Series 2302

Khy membuka sedikit demi sedikit mata nya. Satu garisan cahaya menerjah masuk ruangan mata. Cahaya itu terlalu terang hingga sukar untuk dia melihat dan membuka mata. Semakin lama semakin pudar cahaya itu lalu hilang ditelann kegelapan.

Khy terpinga pinga bila mata nya mampu melihat semula. Tiada apa di sekilingnya melainkan kegelapan. Khy menampar mukanya berulang kali.

"di mana aku sekarang. Aku tidak bermimpi sekarang. Aku dapat rasakan segala pergerakan aku. Dan rasa deria aku."

Khy kelihatan gelisah. Ibarat berada dalam satu kotak tapi tidak berdinding. Dan tidak pulak beratap. Tidak ada lansung sebarang cahaya yang kelihatan. Dia berjalan dan berlari ke sana ke sini. Cuba mencari sebarang lubang atau jalan keluar namun bagaikan tidak ada penhujung.

" ya allah tolong aku, aku kat mana sekarang ni."

Khy bagaikan tiada upaya lagi untuk melangkah. Rebah melutut bumi. Nafas tersekat hingga mencungap cungap. Menunggu pun tidak pasti. Sampai bila dia akan berada di sini. Tidak tahu masa bergerak. Tidak teragak dirinya tentang waktu apakah sekarang. Dalam kekalutan serta keserabutan dirinya itu. Terdengar langkah tapak kaki. Tidak pasti sama ada itu adalah manusia atau haiwan. Lalu sunyi seketika. Khy semakin takut.

Tiba-tiba sahaja badan nya menjadi panas. Seakan melingkari seluruh badanya. Beliau merab segala tubuh nya. Namun tidak dijumpai nya satu pun benda sama ada haiwan atau tali. Khy semakin tidak tahan dengan keadaan itu, cuba berlari tetapi langkah nya terikat di bumi. Tiada ada upaya untuknya bergerak lagi. Panas badan bagaikan diikat seperti rantai besi yang maha panas yang mengikat segala tubuhnya. Dirinya bagaikan sudah terbakar dan tidak mampu lagi menahan segala keperitan ini
Dalam keadaaan yang maha dasyat itu, terdengar geseran seperti tanah atau dinding yang bergerak. Bunyi geseran itu semakin kuat. Matanya nya melilau mencari bunyi.

Dengan keadaan yang tidak bermaya ini. Alangkah terkejutnya dirinya melihat dinding tanah menghampiri dirinya dengan pantas. Malah di kiri kanan belakang hadapan.

"prakkkkkkkk"

Bunyi tulang tulang khy. Keretakan tulang nya itu semakim melemahkan diri. Himpitan dinding tanah semakin kuat mengasak terhadap tubuhnya.

"ALLAH" jeritan kalimah suci yang panjang
"Ampukan aku ya ALLAH, Aku tidak sanggup lagi menahan semua ini ya ALLAH."

Dinding tanah tersebut seakan berundur dan terus berundur akhirnya hilang dari kegelapan. Panas yang membakar dirinya juga kembali sejuk dan sediakala. Namum melihat keadaa dirinya. Khy bagaikan terkejut melihat. Lntas dengan keadaan bersujud

"Ya Allah ampukan dosaku, ya Allah tolong keluarkan aku dari tempat ini ya Allah, Aku tak sanggup lagi berada di tempat ini Ya Allah."

" hey manusia, apakah yang telah kau lakukan pada diriku hah, segala yang ada pada diriku telah menjadi nanah kudis dan diri yang tidak menjadi diri,"

Terkejut bukan kepalang khy melihat seorang manusia yang dipenuhi kudis nanah dan berlumuran darah seluruh tubuhnya. Dan lagi mengejutkan wajah nya sama wajah khy. Khy merasakan segala ketakutan dan mengigil melihat wajah dan tubuh yang menakutkan.

" siapa kau hah, kenapa wajah kau sama dengan aku, aku mana ada kembar, siapa kau hah."
mengigil khy dalam pertanyaan berulang kali itu.

" ini bukan kembar kau,ini bukan sedara kau,ini bukan kawan kau, aku lah dirikau yang sebenar, kau telah memenjarakan aku dalam tempat yang salah dan kau telah menyiksa aku dengan perkara yang salah dan lantas dirikau itu hanyalah tumpangan tapi dirikau yang akan kekal nanti inilah "aku" cerminan diri kau sebenarnya dan selamanya apabila habis tumpangan itu."

Terkaku dan ternganga khy mendengar jawapan manusia itu. Otak dan fikiranya terus memutarkan kehidupan masa silam yang dipenuhi dosa dosa. Air mata keluar dari celah mata. Tidak ada apa yang terkeluar dari mulutnya.

"Maka hari ini melutut atau bersujud sekalipun kau tidak akan kembali pada masa silam. Masa itu telah tamat. Waktu "pengajian" itu telah tamat maka hari ini adalah keputusannya.

Keluar seekor ular yang sebesar leher unta.

"Aku disuruh oleh Allah memukulmu sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga zuhur, kemudian dari zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isya’ hingga Subuh”.

Ialu khy dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentaknya hingga tertanaml ke perut bumi kerana meninggalkan Sholat zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan Sholat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isya’ hingga ke waktu Subuh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience