Rate

2

Fanfiction Series 2302

Matahari termangu-mangu di kaki langit. Siang hari hampir melabuhkan tirai. Cahaya menyilau kekuningan kemerahan dan jingga menwarnai corak awan. Keindahan sawah padi yang hijau cukup membuai perasaan sesiapa yang melihat.

Sepoi sepoi aliran angin membelah tubuh Mak Senah. Tubuh mak senah yang kian kurus dek terkesan penyakit yang dihadapinya.Termenung melihat anak daranya yang kian membesar. Dah boleh menjadi isteri orang. Namun pengajian yang masih belum habis memaksa mak senah tidak memikir hal masjid anak nya. Senyum nipis Mak Senah cukup mengambarkan perasaan yang gembira.

"mina dah hampir maghrib ni, panggil adik balik."

"Baik Mak."

Mina yang sedang mengutip pakaian di ampaian mengangguk kepala dan meletakkan raga baju tersebut di atas pelantar yang diduduki ibunya. Mina terus berjalan di batas sawah. Melihat adiknya masih khusyuk di tali air di antara dua sawah padi.

"woiii azim!!, dah tak tahu jalan pulang ke, ingat rumah kita di tengah bendang agaknya."

"ala akak ni kejap la tengah tangkap ikan ini. Sikit lagi ni."

Mina terus berjalan ke arah adiknya. Satu cubitan di telinga azim. Kerut muka sang adik nya. Azim menjerit kesakitan dan terus mengangkat joran buluh nya.

"yela adik balik ni"

7 ekor ikan puyu sahaja yang berjaya ditangkap oleh azim. Dia meletakkan kesemua di dalam sarung guni yang kecil. Batang mancing itu hanya ditinggalkan di bawah pokok gajus. Mina melihat hasil tangkapan. Cuba mengusik adiknya.

" Ikan ni kalau buat pekasam sedap ni adik" kata mina

" arghh kau, buat gulai la,asyik pekasam ja"

"lantak la, akak akan pastikan ikan ni menjadi pekasam"

Muka bengang azim jelas kelihatan. Ikan yang dia dapat sebelum ni banyak dibuat pekasam. Walaupun azim juga suka pada pekasam namun kali ini dia bertekad hasil dia kali ini mengikut cita rasa dia. Melihat akak nya semakin laju berjalan. Azim juga mempercepatkan langkahnya

"kak, asal baju kau tak kotor."

"akak tak macam kau main sampai kotor"

Azim tersenyum dan lantas membuka langkah larian. Akak nya sudah kehadapan namum tidak lah jauh dari darinya.

Satu tolakan dari tepi badan mina. Mina yang terkejut dengan keadaan tersebut terus  hilang keseimbangan dan jatuh ke dalam sawah. Dengan sepantas kilat baju  itu bertukar menjadi warna selut. Kaku dengan kejadian ini terdengar suara sedang memanggil mina.

" akak, asal kau main kotor ni, akak dah besar kan, hahahaha."

"bertuah punya budak, aku cincang sampai putus."

Azim terus berlari ke rumah. Suara riang azim memecah susana senja yang kian menutupi bumi. Mina pula cuba mengangkat tubuhnya yang dipenuhi selut. Melihat adiknya sudah sampai ke rumah. Dia cuba bergegas namun di saat ingin melangkah. Dia terkesima melihat matahari yang terbenam. Cukup cantik dan mengasyikkan.

"tidak perlu ke luar negara,cukup lah di kampung sendiri."

Kata nya didalam hati.

Melihat selut yang membaluti dirinya. Terkenang zaman kanak-kanaknya bersama arwah abang nya dan rakan-rakannya. Terasa zaman itu baru semalam berlalu. Namun itulah kehebatan masa. Melalui perkara di hadapan cukup pahit, mengingati perkara yang lepas cukup indah. Mina berjalan ke rumah nya dengan satu senyuman.

"terima kasih adik."

Mina menghidangkan makanan di atas meja. Memandangkan waktu untuk makan malam sudah tiba. Ibunya keluar dari bilik. Baru lepas menunaikan solat isyak. Azim bergegas ke dapur melihat makanan yang disiapkan kakaknya. Azim menarik nafas lega yang panjang
"fuhh, nasib gulai ikan puyu."
Mina tersenyum melihat gelagat adiknya. Betul-betul mengidam agaknya budak ini. Azim dan ibu nya berselera masakannya kali ini. Mungkin penangan gulai ikan puyu.

"Terbaik kak, sayang kakak."

Seusai makan malam, mina mengangkat pinggan untuk dibasuhnya. Mak senah cuba membantu anaknya yang keseorangan melakukakan kerja. Namun mina tidak membenarkan ibunya melakukan kerja. Semenjak mina berada di rumah hampir kesemua kerja rumah dilakukan oleh anaknya. Terkesan dengan sikap anak nya yang sama sekali tidak kekok dalam kerja rumah. Mak senah hanya duduk dan melihat mina. Tanggungjawab ketua keluarga kini digalas oleh mina. Azmi, anak sulong nya sudah nenghadap ilahi begitu suaminya yang sudah lama meninggal dunia.

Mina mencari adiknya azim. Tiba tiba dia ternampak azim di atas pelantar. Mina menghampiri adiknya yang termenung jauh.

"termenung jauh nampak adik akak ni. "

Azim terkejut dengan sapaan kakaknya. Hanya senyuman yang mampu diukir. Mina membalas senyuman adiknya.

"Bunga yang cantik mesti akan dipetik orang, namun bunga yang tidak cantik akan disitu sehingga mati."

Mina mermehati setiap raut wajah adiknya. Dia mengerti apa yang dimaksudkan adiknya. Walaupun ia sungguh pahit namun kita perlu menerima.

" Namun adik tidak pernah rasa kekurangan yang ada pada kita. Setiap masa dan waktu adik rasakan keluarga kita ckup sempurna dan bahagia. Akak telah menjadikan keluarga ini sentiasa kuat menghadapi segalanya. Tapi pada zahirnya kita kekurangan."

" Doalah yang terbaik untuk mereka, semoga amalan mereka diterima dan diangkat bersama orang soleh" balas mina.

"Esok akak nak balik dah, sunyi nanti rumah ni."

"Akak harap adik dapat membantu mak dan menjaga sebaik mungkin"

" macam mana akak menjaga mak macam tu jugak adik akan menjaga mak"

Malam semakin gelap. Masa semakin lewat. Mina lantas bangun dari pelantar tersebut. Mengajak adiknya masuk ke rumah. Ibunya pulak keseorangan di dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience