Rate

3

Fanfiction Series 2302

Kedai emas Golden bertukar kecoh apabila 3 penyamun memecah masuk kedai mereka. Sebilah parang tepat berada di leher seorang pekerja kedai. Dengan pantas dia meletakkan semua emas itu di dalam karung berwarna hitam seperti yang diarahkan penyamun. Situasi semakin mencemaskan apabila satu penumbuk tepat mengenai pekerja lelaki yang cuba bertindak berani. 3 penyamun semakin rakus merangkul emas. Dengan pergerakan yang pantas mereka berjaya mengambil sebahagian besar jumlah emas di kedai itu.

Mereka terus berlari keluar. Dan terus memasuki kereta yang sudah menunggu di luar kedai. Terus memecut dengan pantas. Jeritan keriangan merwarnai suasana di dalam kereta. Kesemua mereka membuka topeng yang membaluti muka mereka.

" yahooo, kita berjaya."

Renggo bersorak. Mereka terus bersorak dan membayangkan apa yang mereka inginkan. Pelbagai rancangan disuarakan oleh mereka. Renggo mahukan duit tu dapat digunakan untuk membesarkan lagi cawangan kelab malam miliknya. Ard kasin memilih untuk bercuti di luar negara. Man tanjung pulak dia nak gunakan duit ini untuk pelaburan. Masing bergelak dengan angan yang belum pasti.

" kau macam mana pulak khy."
Masing-masing menunggu jawapan khy. Khy hanya mendiam. Dia kelihatan tidak seperti dulu. Dia akan bergembira bersama jika mereka berjaya. Namun kali ni khy lebih banyak senyap.

"aku belum terpikir untuk tentang tu"

Dia hanya memilih jawapan ringkas namun meninggalkan persoalan kepada mereka. Kereta itu terus meluncur laju ke destinati.
Renggo membahagikan jumlah hasil samun mereka. Mereka bagaikan teruja dengan pembahagian yang sedang mereka bakal nikmati.

Dianggarkan hmpir RM 10 juta hasil samun kali ni. Hasil pembahagian yang sama rata. Kesemua mereka menikmati RM 2.5 juta seorang. Berkepulan asap di ruang bilik Renggo. Namun tidak bagi khy yang menghilangkan diri selepas mendapat bahagiannya. Kesemua mereka bakal membuat jalan dan kehidupan masing-masing. Dan jalan dan pilihan khy adalah bersendirian dengan merahsiakan tujuan dan keinginan nya.

Malam semakin likat. Sesudah tadi senja melabuh. Terasa cepat aturan ilahi. Khy yang berjalan di kaki lima kedai. Tiba-tiba langkah nya itu terhenti. Khy menyeluk poket seluar nya. Satu not berwarna oren diletakkan pada anak gelandangan yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah budak itu adalah bapanya yang tersedar dengan kehadiran khy. Lalu dihulurnya tangan untuk disalam. Dengan senyuman serta mata yang berkaca.

" semoga tuhan merahmati perjalanan hidup nak dunia dan akhirat, terima kasih."

Khy membalas senyuman. Tidak terkeluar perkataan dari mulutnya. Terkunci rapat diluahkan sebarang kata tidak mampu. Bagaikan satu tekapan di hati nya mendengar doa yang dilafazkan geladangan terhadapnya. Hati dan perasaan nya dihiris begitu tajam hingga air mata hampir menitis. Lalu cuba ditahan, walaupun demikian sekuat mana pun kita menahan namun jika hati dan perasaan tidak mampu mengawal air mata pasti ia terjatuh. Tangan nya cuba lap matanya yang kian basah.

" adakah selama ini hidup aku dirahmati tuhan." soal dirinya

Dia melabuhkan punggungnya di bangku di sebuah taman. Kebingungan hatinya kian kuat diterjah. Apakah ini masanya. Apakah yang aku dapat selama ini. Tujuan aku datang ke ibu kota ini sejak 4 tahun lepas adakah sudah dicapai. Bunyi unggas tidak dihiraukan khy. Sebaliknya memikir apa yang dia telah miliki sepanjang hidup nya. Sememangya kaya dengan duit haram tidak akan melapangkan rasa hati. Ada saja yang kita inginkan untuk mencukupi keperluan hidup kita. Dan ada saja masalah yang akan datang walaupun ia telah berulang kali diselesaikan. Khy mengambil beg galas nya. Ada satu karung berwarna hitam.

" duit ini tidak akan membuatkan hidup aku menjadi senang."

Khy tidak memperdulikan telefon pintarnya. Pelbagai mesej dihantar kepadanya. Dalam fikiran nya mesej itu hanya mesej kosong yang di hnatar di dalam kumpulan whatsapp. Satu nada dering terpacul dari telefon pintarnya. Terus dijawab.

"hello ard, apahal kau call aku ni."

" khy kau kena keluar malam ini juga. Renggo berpakat dengan martin untuk membunuh kita malam ini. Dia mengkhianati kita. Namun kau bernasib baik sebab kau pergi tanpa dia sedar. Lebih baik kau keluar sekarang. Man tanjung dah mati kena tembak. Aku sekarang tengah dikejar mereka. Kau keluar sekarang khy."

Kaku tubuh khy mendengar. Dia seakan tidak mempercayai rakan sekampung nya sanggup melakukan semua ini. Mengkhianatinya dalam diam. Musuh dalam selimut.

" habis kau dimana sekarang ard,"

" jangan pedulikan aku, aku mungkin tak sempat nak jumpa kau, lebih baik kau pergi kauh dari sini.,"

"baiklah ard, jaga diri kau baik-baik. Semoga umur kau panjang dapat kita bertemu kembali."

Khy terus menutup telefon. Terus diambilnya beg galas. Berlari- lari keluar dari taman. Dia yang semakim hilang arah. Tiada kenderaan untuk nya bergerak lebih pantas. Wang dan hasil samun nya masih lagi di simpan di dalam beg galas. Semakin laju larian nya semakin dirinya keletihan.

Tercungap- cungap nafas tubuhnya mengepam jantung yang ligat menari. Khy terus melangkah. Walaupun kakinya semakin lemah untuk berlari namun digagahkan jua. Tidak dipikir dirinya tentang perjalananya selepas ini. Hanya terus berlari untuk keluar dari tempat ini yang bakal menjadi neraka buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience