Rate

BAB 3

Family Series 369

Terkadang Rabiatul Adawiyah juga mengajak Saadiah untuk mengulangkaji pelajaran di surau itu.Suasana di situ terasa begitu aman dengan kehadiran insan seperti Rabiatul Adawiyah yang menghidupkan surau tersebut.Di surau itu jugalah tempat yang mesti mereka kunjungi untuk bertemu sebagai sahabat yang akrab.Pertautan kasih mereka di atas kasih sayang Ilahi cukup indah.Salmah juga sudah sedia tahu mengenai hal itu.

Saadiah tidak langsung malu untuk menunjukkan dia sudahberubah.Jika dulu dia malu hendak membaca Al-quran di kamarnya kinitidak lagi. Biarlah jika Salmah mendengarnya,kalau mahu di betulkan kesalahan bacaannya ‘kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan’. Rabiatul adawiyah sangat sabar mengajar Saadiah membaca Al-quran mengikut tajwid yang betul walau terkadang sukar untuk Saadiah memahaminya tidak pernah dia meninggalkan Saadiah atau memarahinya malah dilayan sahabatnya dengan rasa penuh berhikmah.Bagi Saadiah pula fikiran Rabiatul Adawiyah sangatterbuka oleh itu dia tidak langsung segan bertanya hal-hal agama kepada Rabiatul Adawiyah walaupun hal yang sangat remeh.Hal ini membuat hati Saadiah tersentuh, cinta sahabat dan cinta Ilahi datang tanpa dia menduga.

Benarlah kata Rabiatul Adawiyah,tidak sesekali Allah meninggalkan kamu melainkan kamu melupakanNya. Lega Saadiah mendengarnya,setidaknya dia tahu Allah sentiasa membuka jalan sesiapa sahaja untuk ke syurgaNya asalkan kita berusaha mentaati segala perintahnya.Pernah di bangku sekolah menengah dahulu, seorang ustazah telah memarahi rakan sekelas Saadiah di hadapan khalayak kerana tidak tahu niat mengambil wudhuk.Dikatakannya tidaklah sah solat kamu
selama ini. Malah rakan yang lain turut dimarahi kerana tidak tahumengaji Al-quran dan membaca doa selepas solat.


Rabiatul Adawiyah hanya menggelengkan kepala apabila dikhabarkan oleh Saadiah kisah tersebut.Dia kesal dengan tindakan tidak berhikmah itu.Hukum diputuskan sesuka hati tanpa rujukan yang benar malah dimarahi pula mereka.Bukankah adalah lebih baik memberi nasihat secara berhikmah barulah orang berminat mengikutnya.

Cuti pertengahan semester diulit keseronokan bagi kebanyakan pelajar.Walaupun sahabat tersayang Saadiah , Rabiatul Adawiyah tiada disisi tidaklah pernah melayukan rasa cintanya pada Allah yang kian subur. Di rumahnya Saadiah tetap bersolat lima waktu serta membaca Al-quran. Zikrullah pengubat jiwa tidak pernah dilupakan.Ibu bapa Saadiah mula terkesan dengan perubahan Saadiah yang luar biasa itu.Saadiah segera menerangkan perihal ukhwah sejatinya bersama Rabiatul Adawiyah yang membawanya ke jalan Allah.

Saadiah sedikit ribut bersiap untuk ke surau malam ini.Dia terlupa mengenai Rabiatul Adawiyah yang mungkin sedang setia menunggu ketibaannya. Pernah jua dia terlambat hampir satu jam dek tertidur, namun tiadalah berganjak Rabiatul Adawiyah dari surau itu kerana yakin Saadiah pasti akan datang jua walaupun lambat.

Sesampai sahaja di surau kelibat Rabiatul Adawiyah tiadalah kelihatan malah keadaan surau begitu mengaibkan.Sampah bertaburan di merata tempat, beserta buku-buku berselerakan. “Mungkin Adawiyah ingin aku memulakan dahulu sesi mengemas ini.” Bisik Saadiah perlahan menyedapkan hatinya.Sambil Saadiah memulakan tugasnya terbayang di otaknya senda gurau yang bakal tercetus apabila Rabiatul Adawiyah datang sebentar nanti.Dia ingin menghukum Rabiatul Adawiyah kerana lambat hadirpada malam ini.Jika sebelum ini Rabiatul Adawiyah pernah menghukumnya dengan cabaran dia menghafaz surah An-nas malam itu juga kerana terlewathadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience